Tuesday, December 29, 2009
Thursday, December 3, 2009
LELAKI ITU..
manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin.
Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini.
Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud
“Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.”
Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.
Bercakap tentang perihal peranan lelaki@muslimin(dlm bahasa arab) sangatlah besar.
perkataan 'pemimpin' itu sendiri jelas menunjukkan lelaki itu adalah ketua.
Ayat mudah,ketua itu adalah seorang yg mempunyai ciri-ciri kebertanggungjawaban yang tinggi juga menjadi tempat rujukan orang yang dipimpinnya.
Apabila memperkatakan tentang seseorang ketua,umum membayangkan individu itu adalah seorang yg amanah,bertolak ansur,tegas dgn prinsip,bijak membuat keputusan,memanfaatkan peluang dan satu faktor penting yg penulis suka tekankan adalah seorang yg 'rasional'.
Wanita,insan istimewa yg dicipta oleh Allah merupakan seorang yang dipenuhi dengan sifat-sifat halus,mempunyai 9 nafsu dan satu akal.Wanita acapkali dikaitkan dengan sikapnya yang sukar dijangka,emosi,merajuk,manja,suka dipujuk dan bermacam lagi yg pendek kata bertentangan dengan lelaki yg macho,dan cool selalu.
Realitinya,masih relevankah teori ini dalam keadaan semasa sekarang yang kadang-kadang kaum hawa ini lebih berani dan terkedepan.Jika istilah terkedepan kurang jelas,sukalah saya mencerahkan lagi istilah tersebut dgn kata wanita lebih 'rasional'.Dalam satu aspek,wanita kdgkala lebih peka dgn keadaan semasa dan berfikir sebelum bertindak.
Malangnya kebanyakan kaum lelaki kini segelintirnya mula menjadi lebih emosi,sentimental dan bertindak 'pra-matang'.Mungkin lelaki ini yg sering dikaitkan dengan kemachoan merasakan perlu juga sifat2 wanita dlm diri mereka.Keperluan itu mungkin ada tapi cukuplah dalam kadar sedikit..Di mana kaum lelaki ini masih jelas bahawa tugasnya besar,bagi suami,terhadap isteri dan keluarga,bagi anak terhadap ibubapa.Keadaan menjadi tidak lagi baik bila mana wanita yg seharusnya kaum yg dipimpin oleh lelaki terpaksa membawa diri sebaiknya dan kadang2 membawa bersama segala yg dipimpin oleh golongan lelaki ini.
Mana tidaknya,keadaan sudah terbalik,lelaki semakin hilang 'aura' nya,emosi tak dapat dikawal lagi dan dihamburkan semahunya,merajuk sudah tidak mengira tempat,sentimental yang memenuhkan minit-minit kehidupan,juga bertindak dgn tidak rasional...
Penulis sendiri melihat pemasalahan ini merupakan permulaan kepada terganggunya pembentukan 'al-insan kamil' generasi akan datang..Merenteti pelbagai kisah menimbulkan kegusaran pada diri penulis dan akal yg waras ini tetap tidak dapat menerima kenyataan lelaki yg sudah semakin hilang peranannya..
Syabab,cuba lihat sekelilingmu,dunia itu luas bukan?
Cantik bukan?Subhanallah...
Dunia luas ini,memerlukan tangan2 gagah untuk melindungi dan memelihara dari dirobek anasir2 jahat..
Oleh itu syabab..inilah pesanku,insan yg ingin melihat kamu kembali menjulang 'kredibiliti'
juga memenuhi tuntutan agama yg hakiki..
bahawa..lelaki itu pemimpin bagi wanita...
Bahawasanya kamu ini insan yg berkualiti
Untuk itu syabab,bangkitlah..kerana masa xpernah menunggumu..
kerana dunia itu..menunggu corak tangan kamu!
SEMINAR KEBANGSAAN 'DAKWAH ISLAMIAH'
PENGUCAPTAMA
Y. B. Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir b. Dato’ Kiyai Hj. Samsuddin
Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman,
OBJEKTIF PROGRAM:
1.Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah Islam sebagai faktor perubah masyarakat kampus dan luar kampus serta sejarah umat manusia amnya.
2.Untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan usaha usaha dakwah dan perkembangan ilmu oleh warga universiti.
3.Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah Islam dalam masyarakat yang diberi perkhidmatan oleh warga kampus dan bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan peranan Islam di peringkat yang lebih luas.
4.Untuk membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman para ilmuwan , ahli akademik, pentadbir dan para pendakwah muda/ dewasa.
Friday, October 30, 2009
SALAM IMTIHAN..!
Thursday, October 1, 2009
GEMBIRA DALAM DUKA
JAKARTA: Lebih 1,000 penduduk dikhuatiri terkorban di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Sumatera Barat, semalam.Setakat ini, 75 orang dilaporkan maut dan jumlah korban dijangka meningkat dengan mendadak. Banyak bangunan besar, termasuk hospital dan hotel, rosak teruk, manakala kediaman ranap dan kebakaran berlaku di kebanyakan tempat di bandar Padang yang didiami hampir sejuta penduduk.Komunikasi dan bekalan tenaga terus terputus sehingga malam tadi.
sumber lanjut:http://www.hmetro.com.my/
Berita hari ini yg berkisarkan bencana di jakarta itu mengingatkan penulis bahawa apa2 sahaja bole berlaku..Tambah2 pula salah seorang ahli keluarga penulis juga ditimpa musibah pada pertengahan Ramadhan yg lepas iaitu kedainya habis dijilat api..5 Syawal yg lepas baru penulis berkesempatan melihat tapak kejadian..segala-galanya musnah,tiada yg tinggal umpama padang jarak..andai ada masa penulis akan upload gambar kesan kejadian
Lebaran yg lepas saudara saudara meraikannya dalam keadaan yg serba sederhana sahaja,juga gembira dalam duka..
UNTUK DIRI..
“Salam sedamai aliran Nil buatmu..
Salam selunak nyanyian Hurun Ain temanku
Salam bersulam rindu di utuskan istimewa buat sahabatku..
Ukhuwah fillah abadan abada..”
Sekadar perkongsian ikhlas dari terowong jiwaku yg mengasihimu..
Marilah kita hidup,spt org yg menanti mati,
Krn mati itu akan mengecilkan segala derita,
Akan mencairkan segala alpa,
Kiranya inilah detik terakhir,marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa..hnya sedetik Cuma,itu lbh bermakna,,
Kata pujangga,kita akan temui semula sesuatu d tempat kita kehilangannya..
Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yg lbh baik..
“SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU”
Nukilan 2:
MUSLIMAH
Malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana
Kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dibinasakan
Selamat hari lahir..
Mudah-mudahan panjang umur dan murah rezeki serta mendapat keredhaan Allah....
Nukilan 3:
“Pd jalan berliku,moga ALLAH luruskan langkahmu..
Tika langit dunia runtuh,moga ALLAH teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan datang,mg ALLAh kuatkan hatimu..
Pd hati yg gelisah,moga ALLAh curahkan ketenangan dalam dirimu..
MOGA KASIH ALLAH SELALU BERSAMAMU
Selamat hari lahir..may ALL ur dreams comes true...
Nukilan 4:
Salam..
Wish U luck everyday...
Smg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki shgga ke anak cucu..
Tak buat open house ke..?huhu
Nukilan 5:
Salam..
Selamat hr raya n selamat hari jadi
Mg panjang umur dan murah rezeki
Terus istiqamah dalam perjuangan ya
Nukilan 6:
Sahabat..
Usia yg Tuhan kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yg murni,
Semoga ia menjadi temanmu..
Di akhirat yg kekal abadi..
Selamat hari lahir!
Wednesday, September 16, 2009
SALAM AIDILFIRI 1430H
aSsalamualaikum wbk..
Buat semua sahabat budiman, di sini saya menyusun sepuluh jejari memohon ribuan kemaafan jika ada tersilap bahasa,terkasar bahasa, dan apa sahaja yg tak kena sama ada secara sedar atau tidak..
Mohon ampun dan maaf..
Semoga Syawal kali ini lebih bermakna dengan hikmah Ramadhan yg telah dijalani...
Buat sahabat2 yg duduk jauh dekat,selamat pulang ke kampung.Semoga selamat pergi dan balik..Buat yg balik kg bawak motor tu..hati2 lah ye..:)
Akhir kalam, salam lebaran buat semua...jemputlah datang ke rumah ...
"Jika kamu menyatakan sesuatu kebajikan, menyembinyikannya atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sungguh, Allah maha pemaaf ,Mahakuasa..."
Al-Nisa:149
Thursday, September 10, 2009
separuh masa ketiga RAMADHAN
Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.
Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.
Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :
(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya:
Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :
(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)
Bersabda Nabi (s.a.w) :
Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu.
Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah,
kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya?
jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan,
Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya.
Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!
Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh.......
berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya:
yaitu orang yang kekal minum arak,
orang yang derhakakan ibubapanya,
orang yang memutuskan sillaturrahim dan
orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.
Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka,
hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat :
Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya!
Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).
Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)
Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya,
berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)
Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.
Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).
Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)
Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)
Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)
- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)
- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)
Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)
Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu :
Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)
Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)
"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)
"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ."
Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani)
Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari
Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)
Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu
Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan .
Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.
Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?!
Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.
Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati.,..
Monday, August 24, 2009
Sunday, July 19, 2009
Peristiwa 27 Rejab:Pengajarannya
Tanggal 27 Rejab, umat Islam seluruh dunia pastinya akan meningati suatu peristiwa agong yang tercatat di dalam al-Quran, Isra' Mikraj. Israk maknanya perjalanan Nabi Muhammad saw dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis. Sementara Mikrajnya pula ialah perjalanan Nabi dari Masjidil Aqsa ke sidradul Muntaha di lapisan langit yang ketujuh. Firman Allah bermaksud:
“Maha suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya (dengan diturunkan nabi-nabi di negeri itu dan kesuburan tanahnya), agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah al-Isra’, ayat 1)
Dalam peristiwa agong ini, Allah SWT telah memeperjalankan hambanya, Nabi Muhammad saw pada malam hari setelah baginda merasa terlalu sedih dengan hinaan dan cacian dalam menyampaikan dakwah Islamiyah di Tanah Arab.
Banyak pengajaran yang dapat kita ambil buat pedoman daripada peristiwa ini.Apa yang paling utama dalam peristiwa ini ialah Nabi Muhammad telah menerima sendiri tuntutan solat 5 waktu sehari semalam. Alangkah malangnya bagi kita yang tidak kalah menyambut Isra' Mikraj tetapi solat masih blm sempurna. Ada sesetengah tempat diadakan majlis ceramah Isra' Mikraj, namun kita tidak pernah menginsafi akan pengajarannya. Kita hanya hadir kerana ada jamuan cendol, nasi dagang, nasi minyak,dan paling kurang pun karipap. Namun tiada penekanan hal ehwal solat yg semakin dipandang ringan.Maka, tidak ada ertinya di sesebuah tempat mengishtiharkan 27 Rejab sebagai cuti umum namun masyarakatnya tidak mengendahkan erti hari tersebut.
Wednesday, July 8, 2009
Strategi martabat bahasa Malaysia
MUHYIDDIN menunjukkan laporan strategi memartabatkan bahasa Malaysia serta memantapkan pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan.
laporan lanjut..
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20090708233906/Article/index_html
Thursday, July 2, 2009
A JOURNEY
Selamat kembali ke kampus semula..
Cuti semester yg lps penulis bersama keluarga berkesempatan melawat negeri di bawah bayu,Sabah, selama beberapa hari..Penulis sempat melawat beberapa tempat menarik sekitar Kota Kinabalu dan di sini disertakan beberapa keping gambar buat tatapan pembaca budiman..
Banyak lagi tempat yg penulis sempat lawati antaranya Teluk likas,pasar Philipines,Bukit bendera dan beberapa tempat lagi.Yg pastinya,pengalaman pertama berkunjung ke negeri bawah bayu ini banyak memberi pengalaman baru buat diri penulis.Mengenal negeri,adat dan budaya tempat orang,at least bole tambah sedikit sebanyak ilmu pengtahuan,lagipun peluang mcm ni bukan dtg selalu....
Wednesday, July 1, 2009
SELAMAT DATANG PELAJAR BARU
Selamat datang kepada semua pelajar baru yg baru bergelar mahasiswa.Semoga kehadiran anda sebagai salah seorang golongan intelektual mewarnai lagi dunia pendidikan dan dapat menggarap sebanyak mana ilmu duniawi wa ukhrawi...Dan dapat diamalkan sebagai salah satu khidmat dan bakti kepada agama,bangsa dan negara..
Menuntut ilmu adalah satu keharusan bagi kita kaum muslimin. Banyak sekali dalil yang menunjukkan keutamaan ilmu, para penuntut ilmu dan yang mengajarkannya.
Sebenarnya banyak ayat Al-Quran dan As-Sunnah yang memerintahkan kita agar menuntut ilmu dan kelebihan-kelebihan menuntut ilmu itu.
Maksud firman Allah s.w.t:
“Maka tanya oleh mu akan orang yang ahli zikri (orang yang alim) jikalau kamu tidak mengetahui”.
Maksud sabda Rasulullah s.a.w pula yang bermaksud :
“Sesungguhnya sesuatu bab daripada ilmu yang dipelajari oleh seorang lelaki terlebih baik baginya daripada dunia dan apa yang ada di dalamnya”
Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :
“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”
Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:
“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”
Rasulullah s.a.w juga telah menggariskan beberapa peringkat kelebihan ilmu dengan sabda Baginda s.a.w,
“Sesungguhnya ilmu itu adalah umpama gedung dan anak kuncinya adalah pertanyaan.”
Empat jenis golongan yang diberikan pahala di dalam menuntut ilmu ini, iaitu :
Golongan yang sukar bertanya akan sesuatu ilmu
Golongan pengajar atau orang yang mengetahui sesuatu ilmu dan mengajar kepada orang lain
Golongan yang yang mendengar orang yang mengajar ilmu
Golongan orang yang suka dan kasih akan majlis ilmu.
Jika kita teliti kepada kepentingan ilmu seperti yang telah dijelaskan di atas, maka seharusnya bagi kita sebagai “Ummah Terbaik” mengambil kesempatan yang berharga di dalam kehidupan ini untuk merancakkan lagi pemburuan ilmu itu. Maka menuntut ilmu itu tidak mengira usia sama ada seseorang itu muda atau tua, lelaki atau perempuan semua digalakkan menuntut ilmu.
sumber:islamgrid
HARI BAPA
Thursday, June 11, 2009
KISAH CINTA SEORANG SUAMI
Artikel cinta ini berdasarkan kisah yang benar.
Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun.
Mereka dikurniakan 4 orang anak .......di sinilah awal cubaan menerpa, setelah isterinya melahirkan anak ke empat .........tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.Setiap hari Pak Suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan Pak Suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya, sehingga siang hari diaboleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian, dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), Pak Suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.Rutin ini dilakukan Pak Suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.
Pada suatu hari ke empat anak Suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.Dan Pak Suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.Dengankalimat yang cukup hati-hati anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya ........."Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini .....kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.
Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali tidak diduga oleh anak-anaknya...
"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih daricukup. Dia telah melahirkan kalian..."Sejenak kerongkongannya tersekat..." Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cintayang tidak dapat dinilai dengan apapun.Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?Kalian menginginkan bapak bahagia .... Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......bagaimana dengan ibumu yang masih sakit ?Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...
Sampailah akhirnya Pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada paksuyatno...Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?Ketika itu pak Suyatno pun menangis.... tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...Disitulah Pak Suyatno bercerita... Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana Allah maka semuanya akan luntur...Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya .......Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ...
Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.Dan saya yakin hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar... .
Adakah anda sanggup berkorban sebegini demi cinta?**
KESILAPAN TENTANG AURAT
Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?.
Jawabnya seperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepat sama sekali.
Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya mereka itu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHKAN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR." (an-Nur: 31)
.Menurut Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula, iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baik berbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh, ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.Dalam ayat di atas Allah memerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikan perhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidak memberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir.
.Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam);
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat , rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian ."(Riwayat Muslim)
LARANGAN NIPIS
Saidatina Aisyah .a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abu bakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-" Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)."
(Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respon Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas.
(Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
.KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. sama ada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yang sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaja ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32)
TUJUAN TUNTUTAN MENUTUP AURAT
Berdasarkan dalil Al-Quran dan al-Hadith, amat jelas bahawa isu aurat bukanlah isu remeh dan cabang. Ia adalah termasuk dalam katergori hukum qati'e dan usul. Malah ia juga merupakan salah satu dosa utama yang amat diperjuangkan oleh Syaitan. Ini adalah kerana, dengan terbukanya aurat, maka ia boleh mencambahkan dosa-dosa lain seperti zina, mengandung anak luar nikah, bercerai suami isteri akibat curang, membunuh anak luar nikah, putusnya hubungan keluarga dan pelbagai lagi. Perihal Syaitan mensasarkan dosa 'buka aurat' ini sebagai dosa pilihan utamanya ada disebutkan dalam Al-Quran dari firman Allah ertinya :
-" Maka Syaitan membisikkan fikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya yang tertutup dari mereka iaitu auratnya .." Al-A'raf : 20)
Ringkasnya, antara tujuan utama diwajibkan umat Islam lelaki dan wanita untuk menutup aurat adalah :-
a) Perbezaan dengan binatang.
Allah SWT berfirman : " Wahai anak Adam, telah kami turunkan buat kamu pakaian yang boleh menutup aurat-aurat kamu dan untuk perhiasan" (Al-A'raf : 26)
Amat jelas dari ayat ini, penutupan aurat ditujukan kepada sesiapa sahaja yang termasuk dalam kategori anak Adam iaitu manusia. Justeru barangsiapa yang berpaling dari arahan ini, secara langsung ia menjatuhkan tahapnya selari dengan binatang yang tiada cukup kemampuan dan aqal bagi menjalankan arahan penutupan aurat.
b) Agar kaum wanita tidak disakitiIa berdasarkan ulasan yang telah dibuat sebelum ini bersandarkan firman Allah SWT dari surah Al-Ahzab ayat 59.
c) Tanda atau seperti uniform kepada penganut agama Islam.Ia juga boleh difahami dari surah Azhab ayat 59 tadi apabila Allah SWT menyebut : « .. yang saudara/i; demikian itu lebih memastikan mereka agar dikenali (sebagai wanita Islam).. »Dari sini jelas, menunjukkan salah satu fungsi tutupan aurat juga adalah sebagai syiar diri sebagai penganut Islam.
Firman Allah : « Barangsiapa yang membesarkan syiar Allah maka ia adalah dari tanda ketaqwaan hati »
d) Tanda profesionalism dalam sistem pemakaian Islam .
Kita dapat memerhati bagaimana ‘trend' sesebuah organisasi atau restoran hebat hari ini pasti meletakkan ‘dress code' tertentu bagi kakitangannya dan para tetamunya. Ia pastinya bertujuan penjagaan standard khas bagi organisasi dan restoran itu di tahap tertentu.
.e) Sebagai ujian bagi manusia untuk melihat tahap ketaatan mereka kepada Allah SWT.Hal ini amat jelas, dari firman Allah ertinya : "Dijadikan hidup dan mati adalah untuk menguji siapakah yang terlebih baik amalannya" (Al- Mulk : 2)
Kaum wanita perlu menyedari bahawa dengan pembukaan auratnya, setiap lelaki yang melihatnya akan memperoleh dosa setiap kali ia memandang. Tetapi yang beratnya adalah si wanita bukan mendaat satu dosa bagi kesalahan itu, tetapi juga meraih setiap dosa semua lelaki yang memandangnya. Bayangkanlah berapa banyak dosa yang diperolehi hanya dengan pembukaan aurat di satu hari. Ia berdasarkan sabda Nabi SAW..." Sesiapa yang mempelopori sesuatu yang buruk, maka ke atasnya dosa dan dosa setiap orang yang membuatnya tanpa sedikit kurang pun dosanya.."
( Riwayat Ahmad dan lain-lain : Sohih )
Termasuklah dalam erti mempelopori, apabila seseorang itu mempelopori pembukaan auratnya di hari itu, yang menyebabkan lelaki melihatnya mendapat dosa. Pastinya, si wanita itu juga mendapat dosa tanpa kurang bagi setiap mata yang memandang. Adakah hati orang sebegini boleh dikira baik setelah gunungan dosa mengaratkan hatinya?Sesungguhnya Allah itu maha adil dan maha pengasih. Segeralah mendapatkan kasih sayang Allah dengan mentaatinya. Bagi yang berdegil, tiada kata yang dapat diberikan kecuali ; Yakinilah bahawa Allah itu benar, RasulNya juga benar, Syurga dan Neraka juga benar. Jika mempercayainya maka mengapa tindakan masih seolah meraguinya?
12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak
Doa saya agar kalian berbahagia sentiasa tidak kira di mana jua
Arju antum fi sihhati wa jayyidah!
Sekian lama tidak menjenguk dan menulis di blog,atas kekangan yg melewati hari..mata yg tertancap pd skrin televisyen dikejutkan dengan berita yg memaparkan peristiwa berdarah di selatan Thai..
Ya..bumi Thailand berdarah kembali..
Berikut berita yg memaparkan perihal peristiwa tragis tersebut..:
ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.
Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.
Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing. Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.
PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong,
Saturday, April 11, 2009
SELAMAT BERJAYA
Saturday, April 4, 2009
LARANGAN MEMINTA JAWATAN SEBAGAI PEMIMPIN
Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Di dalam hadis diatas disebut, Janganlah kamu meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Tegahan tersebut juga meliputi sesiapa yang bericta-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Kerana amir itu boleh membawa erti yang luas yang meliputi, Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan masyarakat.
Di dalam hadis diatas juga ada menyebut jika seseorang itu memohon dan meminta jawatan dengan cita-citanya maka jawatan kepimpinan itu akan diserahkan dan diberikan dengan menanggung bebanan sepenuhnya. Ia juga membawa maksud jawatan kepimpinan yang diberikan atas dasar permintaan seseorang itu, ia akan diserahkan tanpa mendapat pertolongan dari Allah S.W.T dan masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan kepimpinan. Dia seorang yang akan bersendirian menanggung segala bebanannya.
Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi s.a.w tidak menggalakkan atau Nabi s.a.w menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawabnya yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah S.W.T. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti. Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:
“Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Seorang suami sebagai pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Dan khadam atau pelayan itu bertanggungjawab terhadap harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seseorang anak bertanggungjawab terhadap penggunaan harta milik ibubapanya dan ia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.”
Dalam hadis tersebut diatas, Nabi s.a.w menjelaskan bahawa kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti. Hal ini dapat dijelaskan melalui hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kamu akan berminat atau berhasrat (bercita-cita) terhadap jawatan kepimpinan dan ia nanti akan membawa penyesalan pada hari akhirat.”
Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut malahan dalam kes mereka dilantik sekalipun mereka akan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain yang dirasakan orang lain lebih berhak dan lebih layak untuk berlaku adil berbanding dirinya.
Begitu juga Abu Bakar yang dilantik sebagai pemerintah masih dirasakan dirinya perlu dibantu dan tanggungjawab tersebut adalah berat sebagaimana ucapan beliau di hadapan kaum muslimin sewaktu perlantikannya sebagai khalifah:
“Wahai kaum muslimin semua, kamu telah melantik aku sebagai pemimpin kamu sedangkan aku merasakan aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu. Begitu pula kiranya aku berlaku benar dan adil, bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng perbetulkanlah”
Jawatan kepimpinan merupakan tanggungjawab besar dan orang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan bebanan kepada dirinya dan penderitaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:
“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”
Daripada penjelasan tersebut diatas dapat mengukuhkan kita bahawa sesuatu jawatan kepimpinan itu merupakan tanggungjawab yang besar dan tidak seharusnya diberikan kepada sebarangan orang. Hal itu dapat dibuktikan dengan tindakan Nabi s.a.w tidak memberikan kepimpinan kepada orang yang memintanya atau orang yang berhasrat untuk memegang jawatan tersebut. Dalam konteks lain, Nabi s.a.w berbuat demikian supaya umatnya berhati-hati dengan jawatan yang besar itu kerana kebiasaannya manusia menilai sesuatu itu baik untuk dirinya tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan dipikul olehnya. Untuk itu, orang yang mengetahui hakikat tersebut sahaja tidak berminat memegang jawatan kepimpinan.
Hadis tersebut diatas juga menarik perhatian seluruh manusia supaya tidak menjadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu jawatan untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi.
PENGHAYATAN ASMA'UL HUSNA
Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." dari Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-‘Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-‘Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi’ - Maha Tinggi
25. Al-Mu’iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami’ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-‘Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-‘Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-‘Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi’ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba’ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu’id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta’ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-‘Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami’ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani’ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi’ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi’ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati si hamba itu.
Saturday, March 28, 2009
PILIHANRAYA KOLEJ KEDIAMAN UTHM
UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
TANGGUNGJAWAB PENGUNDI
Semua pelajar yang namanya terdapat dalam senarai daftar pengundi adalah berkewajipan untuk hadir mengundi bagi jawatan yang dipertandingkan.
PROF. IR. DR. AMIR HASHIM BIN MOHD. KASSIM
Timbalan Naib Canselor (HEP & Alumni) SelakuPengerusi Jawatankuasa Induk Pemilihan Jawatankuasa Kolej Kediaman Sesi 2009/2009
Dan kini,alhamdulillah proses penamaan calon pada 26Mac lepas juga telah berjalan dengan lancar walaupun ada timbul sedikit kontroversi sewaktu sesi bantahan senarai calon dijalankan.Proses penamaan calon berlaku di kolej kediaman masing-masing dengan menawarkan 10 kerusi(4 kerusi MT dan 6 kerusi Biro)
Di peringkat Kolej Kediaman Perwira sendiri menyaksikan kebanyakan kerusi akan bertanding manakala 3 kerusi telah menang tanpa bertanding (iaitu kerusi Pengerusi,BKE dan BKPA).
Kebanyakan calon yg bertanding merupakan calon terlatih yang sudah biasa berorganisasi dan merupakan rakan exco yang aktif di kolej kediaman mahupun di program-program anjuran UTHM.Bagi Kolej Perwira,Pilihanraya kali ini juga menampilkan 2 org mantan JKP yg sudah arif dan matang dengan organisasi kolej yg akan bertanding semula bagi merebut kerusi Timbalan Pengerusi dan Bendahari .
Di peringkat saya sendiri selaku mantan Timbalan Pengerusi JKP Perwira sesi 08'09 mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon yang bakal bertanding dan mengharapkan proses Pilihanraya Kolej pada kali ini yg diperkenalkan buat julung-julung kali ini berjalan dengan baik dan melalui fasa pertandingan yang penuh berhemah sesuai dengan Motto UTHM sendiri iaitu "Dengan Hikmah Kita Meneroka".
Buat para penghuni kolej khususnya,pilihlah pemimpin anda dengan penuh adil dan saksama pada pilihanraya kali ini demi keharmonian dan kesejahteraan warga kolej dan universiti umumnya.
selamat mengundi kepada semua pada 1 APRIL 2009 ini.
Berikut adalah sedikit info berkaitan perjalanan Pilihanraya Kolej 2009.
Info Pilihanraya Kolej Kediaman(PRKK) UTHM.
Tarikh-tarikh penting :
1.Penamaan calon
26 Mac 2009 (khamis)
9.00pagi hingga 12.00 tghhari
Di pejabat setiap kolej kediaman untuk jawatankuasa pelajar tanpa asrama akan di jalankan di dataran Anggerik.
Hari mengundi
1April 2009.
( Rabu)
9.00 pagi hingga 4.00petang.
Di setiap makmal komputar kolej kediaman. Undian secara e-voting
TERIMA KASIH BARISAN JKP PERWIRA 08'09
Mantan Timbalan Pengerusi JKP Perwira
Monday, March 23, 2009
BUAT PUTERIKU SAYANG
Perempuan yang aku sayangi
Perempuan yang aku rindui
Perempuan yang aku cintai
Perempuan yang aku dambai
Perempuan yang aku kasihi
Perempuan yang aku sukai
Perempuan yang aku impi
Itulah…Perempuan acuan al-Qur’an
Lim Guan Eng Mahu Contohi Khalifah Umar
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau seorang pemimpin Islam yang adil dan berjiwa rakyat.
Ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz "Islam dan Kenegaraan" di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam beliau sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan.
tegas beliau, bagi memastikan pentadbiran negeri bebas daripada penyalahguna kuasa, kezaliman, merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pada pegawai yang tidak cekap dan sebagainya serta membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan.
Tambah Lim,
"Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat.
"Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakan seluruh masyarakat dan negara, "
Melihatan contoh tersebut membuatkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil langkah berusaha menjadikan negeri pertama bebas daripada miskin tegar.
Selain itu katanya kerajaan juga mengiftiraf pelajar cemerlang termasuk para Huffaz serta inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang kemampuan. Pelaksanaan cara itu, akan dilakukan tanpa mengira apa latar belakang agama dan kaum kerana yang penting ialah hasil kejayaan.
Pengetahuan Lim Guan Eng terhadap pemerintahan Khalifah Umar bukan sekadar itu sahaja.Ini kerana banyak penerangan mengenai kepimpinan Khalifah Umar yg sering disebut oleh Lim.
Tegas Lim,
"Ada cacatan yang meriwayatkan bahawa anak Khalifah Umar pernah mendesak bapanya supaya menggunakan kekerasan untuk menjayakan reformasi pemerintahan.
"Dengan tenang Khalifah memberi jawapan 'Wahai anak ku, apa yang engkau maksudkan seolah-olah pembaharuan hanya boleh dicapai dengan pedang. Tetapi tidak akan ada apa-apa kebaian dalam pembaharuan jika ia memerlukan kuasa pedang, "
Lim juga mengakui model pemerintahan Umar Abdul Aziz boleh digunapakai sepanjang zaman kerana konsepnya berlandaskan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta memperjuangkan nasib rakyat jelata.
Ekoran dari itu,Lim sudah mula mengorak langkah pertama iaitu inisiatif menjadikan Cekap akauntabliiti dan Telus (CAT) digunapakai oleh kerajaan hari ini supaya dapat membersihkan rasuah, memerangi mereka yang menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.
" Keindahan pemerintah itu saya yakin dapat menyinari semula negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini daripada anasir-anasir negetif seperti rasuah, pembaziran dan penyalah gunaan kuasa, " jelas beliau.
Program yang membicarakan dua kertas kerja turut dijayakan oelh Naib Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP), Prof Madya Dr Fadlullah Jamel bertajuk 'Sejarah, Ibarah dan Keagungan Generasi Khalifah Umar Abdul Aziz dan Prof Madya Badli Hashi Mohd Nasir dengan kertas kerja bertajuk ' Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Aspek Kenegaraan Masakini'.
Diolah daripada:
Mohd Sabri Said(23 Mac 2009)
Tuesday, March 17, 2009
SAMBUTAN "10 YEARS IQRA' CLUB"
Kuliah Nisa'20Mac 200912.00 Tengah hariDewan Kuliah 2"Hanya Untuk Kaum Hawa Sahaja""Menyelesaikan masalah feqah bagi wanita"