Thursday, December 3, 2009

SEMINAR KEBANGSAAN 'DAKWAH ISLAMIAH'

Pembentang kertas kerja & Pengucaptama:



PERASMI
Y. A. B. Dato’ Hj. Abd. Ghani b. OthmanMenteri Besar Johor.

PENGUCAPTAMA
Y. Bhg. Dato’ Hj. Wan Mohamad b. Dato’ Syeikh Abd. Aziz
Ketua Pengarah JAKIM

Y. B. Sahibus Samahah Dato’ Hj. M. Tahrir b. Dato’ Kiyai Hj. Samsuddin
Mufti Negeri Johor

Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman,
Pengarah Institut Islam Hadhari, Universiti Kebangsaan Malaysia

OBJEKTIF PROGRAM:


1.Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah Islam sebagai faktor perubah masyarakat kampus dan luar kampus serta sejarah umat manusia amnya.

2.Untuk membincangkan masalah-masalah berkaitan dengan usaha usaha dakwah dan perkembangan ilmu oleh warga universiti.

3.Untuk mengenalpasti dan menyelidik peranan dakwah Islam dalam masyarakat yang diberi perkhidmatan oleh warga kampus dan bagaimana ianya boleh dikaitkan dengan peranan Islam di peringkat yang lebih luas.

4.Untuk membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman para ilmuwan , ahli akademik, pentadbir dan para pendakwah muda/ dewasa.

Alhamdulillah,saya berpeluang mengikuti Seminar Dakwah yg berlangsung selama 2 hari dengan 3 ucaptama dan 8 pembentangan kertas kerja.Program ini adalah anjuran Pusat Islam UTHM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Johor
Antara ucaptama dan pembentangan kertas kerja yg menarik perhatian saya ialah ucaptama kedua dari Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yusof b. Hj. Othman,
Pengarah Institut Islam Hadhari,
Universiti Kebangsaan Malaysia
yang bertajuk "Peranan Warga Kampus di dalam Menyemarakkan Usaha Dakwah di IPT dan Komuniti"
Dalam menyemarakkan usaha dakwah,beberapa elemen harus diambil berat:
4 elemen utama Persiapan Diri Juru Dakwah:
1)Roh
2)Qulb
3)Akal
4)Nafs
Secara konklusinya,4 elemen ini memerlukan persiapan sewajarnya dan "well-prepared" dalam menyediakan diri sebagai jurudakwah..Antara elemen yg terpenting tentulah akal.
Bagaimana caranya membangunkan akal?
-fungsi utama akal,berfikir
-Berfikir merupakan perbuatan yg memerlukan bhn berfikir
-Berfikir memerlukan bahan intelek
-Bhn intelek adalah maklumat yang benar dan bermakna
-Sumber utama bahan berfikir adalah tulisan,persidangan,bermujahadah yg berwibawa.
.
Jelaslah,melalui perkaitan si atas,segala bentuk bahan ilmiah dan intelek seseorang itu menjadi lebih berfikir,dan saya kira ianya boleh menjadi solusi bagi golongan yg 'malas fikir'.
Budaya 'malas fikir' ini kurang terbias pd diri individu tetapi ianya memberi impak yg besar dlm sesuatu organisasi..
Nah,budaya malas fikir,melahirkan organisasi yang mengikut secara taqlid akan sesuatu dgn berada 'sgt selesa'.
Tiada pengislahan,tiada perubahan,pencapaian mendatar,dan nampakkah kesan di hujungnya?
Ya,maka akan lahirlah juru dakwah yg diumpamakan kurang ber'akal'..
Jelas sudah,dakwah itu luas,bukan tertumpu pada bidang agama semata-mata.Penulis sendiri berasa kagum apabila pengucaptama merupakan seorang ilmuan dalam bidang fizik tetapi menjalinsatukan antara sains dan al-quran itu saling berkait.
Allah menjelaskan dlm firmannya:
"Tidak sepatutnya bg orang-orang yg mu;min itu pergi semuanya(ke medan jihad).Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama,dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya,supaya mereka dapat menjaga dirinya."
(At-Taubah:122)


APA YG HARUS DIFOKUSKAN DAN DARI MANA DIMULAI?
Bagi mana-mana gerakan islam,pemfokusan adalah masalah yg mempunyai kepentingan mendatang,menurut Syekh Yusuf Qardhawi,
1.Memfokuskan perhatian pada wawasan-wawasan tertentu yg harus diperjelas,diperdalam dlm bidang pemikiran,iaitu "Fiqih Jadid"(pemahaman baru)
2.Memfokuskan perhatian pada kelompok-kelompok sosial tertentu yg harus dijangkau oleh harakah
3.Memfokuskan perhatian pada peningkatann kualiti tertentu dalam upaya mempersiapkan kepimpinan akan datang sebagaimana yg diharapkan,terutama bidang keimanan dan pola fikir.
4.Memfokuskan perhatian pada pengembangan pemikiran dan aktivis dalam hal yg berkait dengan hubungan politik nasional dan internasional agar keluar dari belenggu intern dan mewujudkan universal dan fleksibiti gerakan.
Kesemuanya ini memerlukan tindakan yg terancang dan berperingkat dalam memastikan keselarian pencapaian gerakan dan tentunya memerlukan penggerak yg 'berakal' .
Caranya mudah,asahlah akal anda dan tentunya saya juga!




















1 comment:

Anonymous said...

program yg bagus...tapi dibuat waktu cuti...

>