Firman Allah di dalam Al-Quran bermaksud: “Kaum lelaki adalah pemimpin kaum wanita”. Ayat ini jelas menunjukkan kepada kita bahawa kepimpinan diterajui oleh kaum lelaki;
manakala kaum perempuan adalah golongan yang dipimpin.
Inilah fitrah atau sunnatullah yang berkuatkuasa dalam kehidupan manusia di dunia ini.
Dalam ayat lain pula Allah berfirman, bermaksud
“Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu dari api neraka.”
Perintah ini ditujukan kepada kaum lelaki yang menjadi ketua sesebuah keluarga.
Bercakap tentang perihal peranan lelaki@muslimin(dlm bahasa arab) sangatlah besar.
perkataan 'pemimpin' itu sendiri jelas menunjukkan lelaki itu adalah ketua.
Ayat mudah,ketua itu adalah seorang yg mempunyai ciri-ciri kebertanggungjawaban yang tinggi juga menjadi tempat rujukan orang yang dipimpinnya.
Apabila memperkatakan tentang seseorang ketua,umum membayangkan individu itu adalah seorang yg amanah,bertolak ansur,tegas dgn prinsip,bijak membuat keputusan,memanfaatkan peluang dan satu faktor penting yg penulis suka tekankan adalah seorang yg 'rasional'.
Wanita,insan istimewa yg dicipta oleh Allah merupakan seorang yang dipenuhi dengan sifat-sifat halus,mempunyai 9 nafsu dan satu akal.Wanita acapkali dikaitkan dengan sikapnya yang sukar dijangka,emosi,merajuk,manja,suka dipujuk dan bermacam lagi yg pendek kata bertentangan dengan lelaki yg macho,dan cool selalu.
Realitinya,masih relevankah teori ini dalam keadaan semasa sekarang yang kadang-kadang kaum hawa ini lebih berani dan terkedepan.Jika istilah terkedepan kurang jelas,sukalah saya mencerahkan lagi istilah tersebut dgn kata wanita lebih 'rasional'.Dalam satu aspek,wanita kdgkala lebih peka dgn keadaan semasa dan berfikir sebelum bertindak.
Malangnya kebanyakan kaum lelaki kini segelintirnya mula menjadi lebih emosi,sentimental dan bertindak 'pra-matang'.Mungkin lelaki ini yg sering dikaitkan dengan kemachoan merasakan perlu juga sifat2 wanita dlm diri mereka.Keperluan itu mungkin ada tapi cukuplah dalam kadar sedikit..Di mana kaum lelaki ini masih jelas bahawa tugasnya besar,bagi suami,terhadap isteri dan keluarga,bagi anak terhadap ibubapa.Keadaan menjadi tidak lagi baik bila mana wanita yg seharusnya kaum yg dipimpin oleh lelaki terpaksa membawa diri sebaiknya dan kadang2 membawa bersama segala yg dipimpin oleh golongan lelaki ini.
Mana tidaknya,keadaan sudah terbalik,lelaki semakin hilang 'aura' nya,emosi tak dapat dikawal lagi dan dihamburkan semahunya,merajuk sudah tidak mengira tempat,sentimental yang memenuhkan minit-minit kehidupan,juga bertindak dgn tidak rasional...
Penulis sendiri melihat pemasalahan ini merupakan permulaan kepada terganggunya pembentukan 'al-insan kamil' generasi akan datang..Merenteti pelbagai kisah menimbulkan kegusaran pada diri penulis dan akal yg waras ini tetap tidak dapat menerima kenyataan lelaki yg sudah semakin hilang peranannya..
Syabab,cuba lihat sekelilingmu,dunia itu luas bukan?
Cantik bukan?Subhanallah...
Dunia luas ini,memerlukan tangan2 gagah untuk melindungi dan memelihara dari dirobek anasir2 jahat..
Oleh itu syabab..inilah pesanku,insan yg ingin melihat kamu kembali menjulang 'kredibiliti'
juga memenuhi tuntutan agama yg hakiki..
bahawa..lelaki itu pemimpin bagi wanita...
Bahawasanya kamu ini insan yg berkualiti
Untuk itu syabab,bangkitlah..kerana masa xpernah menunggumu..
kerana dunia itu..menunggu corak tangan kamu!
PERCAYALAH DOKTRIN BASIC STRUCTURE AKAN DIGUNAKAN UNTUK MEMBATALKAN
KESALAHAN SYARIAH
-
Oleh: Tun Abdul Hamid Mohamad Dalam rencana-rencana dan ucapan saya sebelum
ini, saya menentang doktrin basic structure khususnya atas alasan
hakim-hakim ...
2 years ago
5 comments:
syukran diatas tazkirah yang diberi..
to : akhi fadhli
Afwan..sekadar b'kongsi rasa
Salam. Tahniah atas tulisan enti ni... info yg mengingatkan kaum lelaki. Ukhti, inilah dugaan bagi kaum kami di akhir zaman. Lelaki yg benar2 berani di akhir zaman akan terdapat dalam golongan yg kecil... Diharap pihak muslimat bantulah pihak muslimin yang kurang menyerlah pakej keberaniannya itu.. Pokoknya seperti pesan Nabi adalah niat kita yang suci murni yang lahir drpd hati yg benar2 ikhlas. InsyaAllah berbekalkan niat yang benar dalam perjuangan, di mana2 pun kita dicampakkan samada hidup bersama2 shbt perjuangan atau secara bersendirian dalam lautan masyarakat jahil, orang akan sentiasa melihat kita sebagai Daie. Biarlah apabila manusia melihat kita, maka hati akan terdetik mengingati Allah swt...drpd nur wajah kita yang ikhlas. Semoga berjaya !
kalau zaman sekarang,lelaki semakin beremosi...other side of the same coin,perempuan pula semakin egoistik... =)
9 logik 1 emosi = lelaki.
1 logik 9 emosi = perempuan.
sebenarnya perempuan beremosi dalam menyampaikan logiknya... =)
cuba dapatkan 'Kitab' tulisan John Gray - "Man from Mars, women from venus."
seronok baca berkaitan psikologi...
mmm...
emosi,ego semua tu ada sekelumit pada diri kita, cumanya mcm mana kita pergunakan perkataan tersebut dan di realitikan..
Lelaki 9 akal 1 nafsu
- lelaki antra gol boleh buat kerja dengan banyak serentak, tp 1 kehedak iaitu benda yg dibuat berjaya... tak kitalah beremosi janji kehendak dpt di siapkan...
tapi...
Wanita 9 Nafsu 1 akal...
- Kehendak yg bnyk tp hanya satu cara nak dptkan kehendak...
Matlamat yg dicapai hnya satu cara.. wanita jarang dapat membuat byk pekara serentak... tp hasilnya kualiti sbb menumpu... kehendak yg banyk tp 1 cara nak dptnya...
ego dan emosi ada pd keduanya...
ego dlm emosi
Post a Comment