Tuesday, January 29, 2008

MENTALITI REMAJA HARI INI



Alhamdulillah...cuaca pagi ini penuh kerahmatan..Bumi basah ditimpa hujan.Barangkali pelajar yg tiada kelas seawal pukul 8 hari ini masih enak menyelubung tubuh dan menyulam mimpi..

Van pelajar untuk ke kampus masih belum tiba..Pondok menunggu bas dan van di kolej makin dipenuhi pelajar..Masing2 khuatir takut terkena tempiasan hujan.Sy mula berfikir apa yg perlu saya buat pada hari ini..Ya..ada beberapa assignment dan laporan makmal yg perlu disiapkan.

Di hadapan saya sekumpulan pelajar sedang berbual-bual kosong..Topiknya bermula dengan kisah pak guard..Nampaknya seorang pelajar ini sungguh2 tak puas hati dengan tindakan pak guard yg menahannya di kolej semalam gara-gara berpakaian "menjolok mata".Nampaknya pelajar itu sungguh-sungguh tidak berpuas hati kerana dia beranggapan pakaian itu "bukannya seksi sangat pun-macam biasa la".Sy tersenyum mendengar perbualan itu..Rakan-rakannya pula sempat menambahkan kemarahannya...Umpama menyiram api yg sdg marak.Bukan mahu menasihatinya ataupun setidak-tidaknya diam shj malah menokok-nambah dgn sindiran2 sinis..Kasihan benar pd 'pak guard' yg dimaksudkannay itu..Apalah salahnya yg hanya menunaikan amanahnya sbg seorang pengawal keselamatan juga sebagai khalifah Allah-secara xlangsung beramar maaruf nahi munkar..

Topik seterusnya berkisarkan tentang artis.Anugerah Juara Lagu mlm td hangat dibincangkan..Lagaknya mengalahkan artis yg menang itu sendiri..Ah..Budaya hedonisme-semakin mendapat tempat teratas dlm jiwa anak2muda hari ini..

Seterusnya masuk pula bab pensyarah..Habis detail diterangkan sikap dan sifat pensyarah itu..Riuh rendah..bersahut-sahutan..Perit juga ye bila memilih profesion guru atau pensyarah..ada saja tohmahan2 yg kurang enak dari muridnya..

Sy tersenyum lagi..

Berfikir kata-kata remaja tadi..

Merenung kembali realiti hari ini..

Banyak ragam manusia..Banyak ceritanya..



SERIKANDI 28JAN2008

No comments:

>