BUDAYAKANLAH AL-QURAN!
Sungguh aneh ya.Jika seorang pelajar gagal di dalam pelajaran,contohnya mendapat markah 7/20 di dalam ujian atau peperiksaan,sudah dianggap teruk dan berada di tahap ‘kritikal’.Ataupun apabila seorang pekerja tidak dapat menyiapkan kerja yang ditugaskan kepadanya dengan sempurna seperti yang diarahkan..
Automatik kita akan menjadi tertekan dan stress kerana tidak mencapai target yg dijangkakan.
Tetapi lagi pelik apabila kita yg mengaku sebagai umat islam yang sudah semestinya wajib beriman dengan rukun iman dan rukun islam tidak tahu membaca Al-Quran..!
Saya sempat menghadiri kelas bahasa pada minggu lepas.Kelas yg bermula seawal 9 pagi itu sepatutnya menyeronokkan ditambah pula dengan suasana pagi yg memungkinkan kita lebih focus & bersemangat kerana pada waktu itu otak kita berada di dalam keadaan yg aktif.(Pastikan anda mengambil sarapan pagi!Sy masih teringat pesanan seorang Ustazah di sek dahulu pada satu perhimpunan pagi.”Don’t forget to take ur breakfast first before u go to classes..Kalau tidak,otak akan jadi lembap.”
Sehingga kini,Perkataan ‘lembap’itulah yang sentiasa menghantui diri sy dan saya akan pastikan mengambil sarapan walaupun hanya sekeping biskut atau setengah cawan air panas..Kesan lain tidak bersarapan-paras gula dalam darah akan menjadi rendah dan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi&menjadikan badan kurang aktif.)
Panjang pula bab sarapan ini,..tp boleh menjadi perkongsian buat sahabat2 semua terutamanya yg tidak suka sarapan…
Berbalik pada kisah yang sy hendak kongsikan tadi,pensyarah muda yang kami panggilnya Ustaz itu memulakan kelas pada pagi itu dengan memanggil nama beberapa orang pelajar termasuk saya..Tugasnya,menulis semula perkataan yang diambil dari surah al-fatihah utk ditulis di papan putih dan disemak olehnya…
‘Oh,tidaklah terlalu sukar’fikir saya.
Kelas bahasa yang majoritinya berimej kan ustaz dan ustazah itu menjadi hingar seketika.Baru beberapa orang pelajar sahaja yg telah ke depan menulis perkataan yg diarahkan…Saya masih ingat lagi,saya dikehendaki menulis ejaan “Rabbul’alamin”.
Saya perhatikan semua pelajar sibuk bertanya itu ini pada rakan terdekat masing-masing.Minta disemak ejaan.Kelihatan gelisah..
Seorang rakan bertanya saya,“Macam mana nak eja sekian..sekian”
Saya tulis perkataan itu di bukunya dan menjawab.“Macam ni,..seperti yg kita selalu baca dalam al fatihah dan Al-Quran tu..”
Jawabnya…”Saya tak tahu,saya Cuma tahu ‘gitu-gitu’aje”
Apa yang dimaksudkannya dengan ‘gitu-gitu’?Nampaknya saya sudah maklum dengan maksud ‘gitu-gitu’nya itu.Malah saya semakin jelas bukan dia seorang sahaja yang menghadapi masalah tersebut malah majoriti pelajar dalam kelas itu..I
ni terbukti apabila ustaz mula menyemak tulisan yang berbagai rupa di papan putih.Ada yang menyerong,ada yang cantik menegak..hanya 3@4 sahaja ejaan yg betul berbanding beberapa belas perkataan yang ditulis.
Alangkah walangnya hati saya
Rasa sedih dan kasihan bertingkah
Inikah realitinya rupa Saudara-saudara seislamku..
Hari ini boleh dibilang berapa ramai warga muslim yang mengenal huruf-huruf Al-Quran.Surah Al-Fatihah?Look like such as a small matter…Tetapi surah inilah yang wajib dibaca 17 kali sehari di dalam solat fardu,belum termasuk lagi solat-solat sunat lain.Jika surah ini sudah tunggang langgang,huruf,baris,tajwid dan sebutannya masih lagi ‘ingat-ingat lupa’ apatah lagi surah lain.Tambah menyedihkan adalah kaum muslimin.
Mereka merupakan bakal menjadi seorang SUAMI kepada isteri,AYAH kepada anak-anak,ABANG kpd adik2,IMAM solat dan paling penting KETUA KELUARGA..Satu amanah yang cukup besar.
Apakah tindakan kita?Janganlah kita bertindak zalim kepada diri kita sendiri.Apabila mengetahui kekurangan,cubalah perbaiki sedikit demi sedikit.Bila hendak mulakan?Mulakanlah dari sekarang!Biar terlambat daripada langsung tak dapat.‘Better late than never’Tambahan pula kepada yang bergelar Dai’e,tingkatkanlah ilmu.biarlah dakwah kita selari dengan apa yang kita perjuangkan.Bukan hanya manis di bibir,tetapi kelat pahit dan berongga di dalamnya umpama buah jambu.
Keutamaan ilmu pengetahuan,“Allah telah mengangkat orang-orang yang beriman dari golongan kamu,dan begitu pula orang-orang yang dikurniai ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(Al-Mujadalah:11)
“Maka tanyakanlah para ahli ilmu pengetahuan ,kiranya kamu tiada mengerti”(An-Nahal:43)
Rasulullah S.A.W bersabda:“Menuntut ilmu itu adalah wajib ke atas setiap orang muslim”
“Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu pengetahuan,maka Allah akan melorongkan baginya jalan ke syurga”
Rakan saya tadi berbisik pada saya di akhir kelas,“Awak kena ajar saya sungguh-sungguh tau.Banyak yang saya tak tahu..”Penuh harapan..Alhamdulillah…Itulah yang dikatakan hidayah Allah..“InsyaAllah,saya tolong yang termampu”jawab saya.
“Hendaklah meraka memberikan peringatan kepada kaumnya,apabila telah kembali kepada mereka nanti,moga-moga mereka berhati-hati”(At-Taubah:122)
“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan kebijaksanaan dan nasihat yang baik.”(An-nahl:125)
Pagi ini benar-benar menyedarkan saya dari terlena.Saya sendiri masih banyak yang perlu diperbaiki.Walau apapun saya amat-amat bersyukur kerana selain ibubapa yang menekankan bacaan al-Quran sejak kecil,negeri tempat saya membesar yang sering digelar “kubu kuat” ada menyediakan sek agama(petang) dalam kurikulum pendidikannya.Sebelum belajar agama di peringkat menengah,pelajar seusia 7 tahun sudah mula mempelajari asas-asas fardhu ‘ain-bacaan al-Quran,menghafaz Al-Quran,tauhid,tajwid,ibadat,akhlak,sirah,bahasa arab,muamalat,munakahat dan beberapa pelajaran lain lagi..
Syukran ya ustaz wa ustazah!
Al-Quran itu laksana cahaya yang menerangkan,dengannya manusia akan terselamat daripada kemegahan diri,dan menjadi penawar bagi segala penyakit yang bersarang di dalam hati.Berpegang teguhlah dengan Al-Quran,nescaya akan terbimbing untuk mendapat petunjuk,dan sesiapa yang mengamalkan kandungannya pasti akan berjaya dan bahagia..
Sabda Rasulullah S.A.W:“Seutama-utama ibadat umatku ialah membaca Al-Quran”
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkannya pula”
‘Allah Tuhan kami..
Rasulullah ikutan kami..
Al-Quran panduan kami..S
yahid di jalan Allah cita-cita kami…
’-SERIKANDI
20 JAN 2008-

No comments:
Post a Comment