Wednesday, January 23, 2008

KISAH PAGI DAN KASIH SEORANG AYAH




Jul 20, '07 01:

Assalamualaikum..Alhamdulillah,akhirnya berkesempatan jg ana utk menulis dalam catatan harian pada Jumaat 'penghulu hari' yg berbahagia ini bersamaan dgn 5 Rejab yg mulia ini.Ana sampai agk awal di ofis hr ini.Tidak mahu rekod kedatangan melebihi angka 8 lagi spt dua tiga hari yg lps yg agak kelam kabut.Belum ramai staf yg sampai,dlm 3-4 org shj.
Lebih2 lagi hari ni ramai staf yg mengikuti bengkel di luar...biasalah,setiap minggu ada sahaja bengkel yg perlu diikuti.

Memanfaatkan masa yg masih ada,ana membelek2 akhbar smlm,duduk sementara di tmpt duduk kaunter pertanyaan..Berita ttg nahas NURI mencuri perhatian.Nahas menyayat hati yg mengorbankn 6 nyawa itu membuat ana insaf betapa segala yg terjadi adalah ketetapanNya..Laporan doktor pakar menyatakan mrk mati serta merta di tmpt kejadian disebabkan hentakan yg kuat di kepala.Walaupun semua yg terkorban masih muda,tetapi kuasa ALLAH tiada siapa dpt menghalang.Ajal,maut,jodoh,pertemuan semua di tanganNya..Melihat wajah2 ibubapa,isteri,anak2 mangsa yg masih kecil kesedihan,ana turut terkesan.Bagaimana kiranya jika peristiwa tersebut berlaku di kalangan saudara ana sendiri...Tidak tahu samada ana kuat menghadapinya ataupun tidak..

Sesungguhnya ujian ini amat besar dan beruntunglah mereka yg dpt menerima qada' qadarNya dgn berlapang dada..marilah Sama kita sedekahkan al-fatihah buat mangsa nahas NURI tersebut dan doakan smg Allah kuatkan semangat saudara2nya yg lain agar kuat meneruskan hidup ini.

Di luar pintu,ana terpandang seorang pakcik dlm lingkungan usia setengah abad,berkopiah,dan berkemeja kuning.Mengintai-ngintai ke dlm ofis.Ana fikir mgkn pelawat yg seringkali menghantar surat spt kebiasaan.Pembacaan ana agk terganggu melihatkn tingkahnya.Lantas muncul seorang pemuda lingkungan usia lepasan SPM menolak pintu masuk.Tangan kanannya kemas membimbit sebuah fail..

"Assalamualaikum.Kak,tumpang tanya.Di mana pej Akademik KST?"
tuturnya sopan sambil menunjukkan surat tawaran.
Bagus budak ni.Berakhlak.Ana sempat memuji di dlm hati dan kepada Allah jualah pujian itu dikembalikan..
.Tentulah,akhlak itu cermin peribadi seseorang..smg benarlah telahan ana ini.Wallahualam.Ana menjawab serba ringkas menerangkan lorong ke blok H.Mggu ini mmg agak sibuk dengan pendaftaran pelajar baru,intake ke berapa ana tidak berapa pasti tp tempoh pendaftaran selama 5 hari membuatkan setiap hari ada shj pelajar yg dtg ke sini.Kebanyakan mrk tidak tahu ke mana harus dirujuk.Alhamdulillah kami di sini membantu setakat yg termampu..Pelajar tersebut mengulang sekali lagi penjelasan ana utk mendapatkan kepastian.Setelah pasti,dia mendapatkn lelaki berkemeja kuning di luar.Melalui tindak tanduknya,ana pasti pakcik berkopiah itu adalah ayahnya.Bimbang mereka tersasar jalan,ana bangun dan memerhatikan mereka melalui pintu.

Ya Allah..tersentuh jauh ke dalam lubuk hati ana tatkala melihat pemandangan yg tak terduga.Kedua anak dan ayah tersebut bersama-sama menjinjit sebuah beg penuh sarat yg agak besar dgn payah.Kedua tangan lain pula penuh dengan beg plastik.Spontan mata ana bergenang.Lebih2 lagi bila melihat wajah tua pakcik tersebut..

"Kasih ayah tiada bertepi"

itulah ungkapan yg paling sesuai utk ana ungkapkan.

"Dari manakah mereka?"
"Berdua sajakah?"
"Dtg dengan apa?"

Pertanyaan demi pertanyaan mengasak-asak mahukan jawapan.Untuk menyedapkan hati,ana mereka jawapan yg baik2 shj.Lagipun kita perlulah mengutamakan baik sangka dalam semua hal.Melihatkan keadaan tersebut,ana pasti mereka menggunakan pengangkutan awam utk ke sini.Ingatan ana bertamu kepada ibu dan ayah yg semakin berusia di kg nun di selatan sana..

Sudah makankah abah?sihatkah emak?..

Doa tulus ana semoga mereka sihat walafiat dan dirahmati ALLAH sehari-hari..Rindu mula mengetuk.Masa membataskan.Tp itu semua bkn alasan.InsyaAllah,panjang umur dan jika berkesempatan,tak lama lagi ana akn pulang menziarahi mereka dan saudara yg lain.Ana kembali ke tempat duduk meneruskan pembacaan yg tergendala sebentar td tetapi konsentrasi telah hilang.Ana bermuhasabah seketika.Memikirkan betapa besarnya harapan ibu ayah pd anak2.Betapa besarnya pengorbanan mereka..Betapa besarnya segala-galanya...ahh...tak terluah dengan kata2...Semua ibubapa mahukan yg terbaik utk anak2nya.Bila anak masuk U,mereka mengharapkan anak2 inilah yg akan membela mereka,agama,dan negara mereka satu hari kelak.Tetapi berapa ramai di kalangan anak2 ini yg sedar.Masih leka dengan dunia sendiri walhal memikul amanh yg amat besar dr ibubapa jg memikul amanah sebagai khalifah ALLAh...



Peristiwa pagi ini benar2 menginsafkan ana.Nahas NURI dan kisah anak dan ayah.Ana mahu jd anak yg solehah kpd ibubapa.Membahagiakan mereka dunia akhirat..
Doakan ana!
Doakan ana!
Doakan ana!

tetapi,suatu yg manis itu pasti berliku.ana pasti ttg itu.Kisah ini mengingatkn ana pada sebuah hadith Rasulullah S.A.W,3 amalan yg paling disukai Rasulullah:1.Sembahyang pd awal waktu2.BERBAKTI PD IBUBAPA3.Jihad di jalan Allah.Ana doakan pelajar td dan semua pelajar kampus yg baru khususnya agar menggunakan masa di kampus ini sebaiknya utk mengutip ilmu dunia dan akhirat.Smg sentiasa di jalan yg benar..InsyaAllah,niat yg baik akan dibantu Allah.

Firman Allah..

"Dan hak Allah menerangkan jalan yg lurus,dan di antaranya ada(jalan) yg menyimpang.Dan jika dia mengkehendaki,tentu Dia memberi petunjuk kamu semua( ke jalan yg benar)"(an-Nahl:9)

SIFAT ANAK YG SOLEH..MENTAATI IBU AYAH..TIDAK MEMBANTAHMALAH MENTAATINYA..HALUS PERIBADINYA..MENCONTOHI RASULULLAH TUTUR KATANYA DIJAGA AKHLAK TERPELIHARA..SEGALA AMALAN DIJAGA HANYA KERANA YG ESA..wallahualam..

serikandi_salwa
20 julai 2007

No comments:

>