Monday, March 23, 2009

Lim Guan Eng Mahu Contohi Khalifah Umar

Guan Eng tekad ikut acuan Umar Abd Aziz



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz kerana beliau seorang pemimpin Islam yang adil dan berjiwa rakyat.
Ketika merasmikan Wacana Pemikiran Khalifah Saidina Umar Abdul Aziz "Islam dan Kenegaraan" di Auditorium A, Tingat 5 Komplek Tun Abdul Razak (Komtar) semalam beliau sekali lagi bertekad untuk meniru usaha yang dilaksanakan oleh pemerintahan Khalifah berkenaan.


tegas beliau, bagi memastikan pentadbiran negeri bebas daripada penyalahguna kuasa, kezaliman, merombak semula jentera pentadbiran dengan memecat pada pegawai yang tidak cekap dan sebagainya serta membangunkan negara dengan nilai-nilai kebajikan dalam semua bidang melibatkan kegiatan kenegaraan.

Tambah Lim,

"Saya berbangga dengan pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz yang mempunyai sikap adil, telus dan berjiwa rakyat.
"Khalifah Umar Abdul Aziz mempunyai prinsip membangunkan negara menerusi nilai-nilai kebajikan dalam bidang kenegaraan dan masyarakat di samping membasmi segala kemungkaran yang melekat sebagai kuman penyakit yang merosakan seluruh masyarakat dan negara, "



Melihatan contoh tersebut membuatkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang mengambil langkah berusaha menjadikan negeri pertama bebas daripada miskin tegar.
Selain itu katanya kerajaan juga mengiftiraf pelajar cemerlang termasuk para Huffaz serta inisiatif Wi-Fi percuma untuk mengurangkan jurang digital di kawasan bandar dan luar bandar serta golongan berada dan kurang kemampuan. Pelaksanaan cara itu, akan dilakukan tanpa mengira apa latar belakang agama dan kaum kerana yang penting ialah hasil kejayaan.

Pengetahuan Lim Guan Eng terhadap pemerintahan Khalifah Umar bukan sekadar itu sahaja.Ini kerana banyak penerangan mengenai kepimpinan Khalifah Umar yg sering disebut oleh Lim.

Tegas Lim,

"Ada cacatan yang meriwayatkan bahawa anak Khalifah Umar pernah mendesak bapanya supaya menggunakan kekerasan untuk menjayakan reformasi pemerintahan.
"Dengan tenang Khalifah memberi jawapan 'Wahai anak ku, apa yang engkau maksudkan seolah-olah pembaharuan hanya boleh dicapai dengan pedang. Tetapi tidak akan ada apa-apa kebaian dalam pembaharuan jika ia memerlukan kuasa pedang,
"

Lim juga mengakui model pemerintahan Umar Abdul Aziz boleh digunapakai sepanjang zaman kerana konsepnya berlandaskan amar ma'ruf dan nahi mungkar serta memperjuangkan nasib rakyat jelata.

Ekoran dari itu,Lim sudah mula mengorak langkah pertama iaitu inisiatif menjadikan Cekap akauntabliiti dan Telus (CAT) digunapakai oleh kerajaan hari ini supaya dapat membersihkan rasuah, memerangi mereka yang menyalahgunakan kuasa dan sebagainya.

" Keindahan pemerintah itu saya yakin dapat menyinari semula negeri yang dikenali sebagai Pulau Mutiara ini daripada anasir-anasir negetif seperti rasuah, pembaziran dan penyalah gunaan kuasa, " jelas beliau.

Program yang membicarakan dua kertas kerja turut dijayakan oelh Naib Yang Dipertua Persatuan Ulamak Malaysia Pulau Pinang (PUM PP), Prof Madya Dr Fadlullah Jamel bertajuk 'Sejarah, Ibarah dan Keagungan Generasi Khalifah Umar Abdul Aziz dan Prof Madya Badli Hashi Mohd Nasir dengan kertas kerja bertajuk ' Khalifah Umar Abdul Aziz dalam Aspek Kenegaraan Masakini'.

Diolah daripada:
Mohd Sabri Said(23 Mac 2009)

No comments:

>