Friday, November 21, 2008

MUHAMMAD SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN




Hari-hari tidak lepas dari membuat keputusan.Tidak kiralah dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar perkara perlukan keputusan.Walhal,jika ke kedai untuk makan tengahari juga kita perlu menentukan sendiri lauk apa yg akan dipilih.
Memandangkan pentingnya membuat keputusan,dan kerapkali ia melibatkan semua pihak maka ia wajar dilihat daripada pelbagai perspektif yang dapat dijadikan panduan untuk membuat keputusan.Iaitu dari perspektif Rasulullah sendiri,Muhammad SAW.


1.MEMBUAT KEPUTUSAN MENGIKUT PANDANGAN MAJORITI
Sejarah hidup Muhammad membuktikan keputusan yg hendak dibuat perlu berdasarkan majoriti.Contohnya keputusan untuk keluar menghadapi tentera musuh dalam peperangan uhud yg berlaku pada tahun ketiga hijrah.Pada awalnya ada sahabat yg berpandangan bahawa umat islam harus bertahan sahaja di dalam kota Madinah.Pandangan ini datangnya dari golongan yg sudah berusia kemudian pandangan lain pula menyatakan umat Islam harus keluar menentang musuh dan pandangan ini dikemukakan oleh golongan muda yg tidak menyertai peperangan Badar.Oleh kerana ia adalah pandangan majority maka Muhammad menerima pandangan mereka.


2.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN ISLAM
Baginda pernah meminta umat Islam berhijrah ke habsyah selepas melihat mereka tidak dapat menanggung penyeksaan fizikal yg dilakukan oleh orang-orang Quraisy.Pada masa yg sama dalam keadaan yg tidak mampu meringankan beban penyiksaan itu.Secara tidak langsung,keputusan ini menyelamatkan akidah umat Islam.


3.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBILKIRA KESEJAHTERAAN RAKYAT
Muhammad tidak pernah mengambilkira kepentingan peribadi dlm membuat keputusan tetapi meletakkan kepentingan masyarakat dan keutamaan awam.Misalnya tindakan baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan ansar demi kesejahteraan masyarakat dan dapat menyelesaikan masalah social dan ekonomi kedua-dua puak ini.


4.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBILKIRA PANDANGAN ORANG YG LEBIH ARIF DALAM SUATU PERKARA.
Dalam satu kisah untuk menentukan penempatan tentera islam dlm perang badar,seorang sahabat yg bernama Hubbab Bin Mundhir telah meminta kepastian samada baginda memilih tempat itu berdasarkan wahyu Allah ataupun sekadar pandangan dan strategi peperangan baginda sendiri.Apabila Rasulullah menjelaskan itu adalan pandangannya,maka Hubbab pun mencadangkan berpindah ke kawasan yg berdekatan sumber air.Baginda bersetuju bukan kerana alasan yg logic tetapi menyedari kearifan Hubbab yg terkenal sebagai seorang yg mahir dlm selok belok peperangan.



RUJUKAN:GENIUS MUHAMMAD BIN ABDULLAH
(mengungkap kepakaran seorang Nabi dlm pelbagai dimensi hidup)


SERIKANDI_86
21/11/2008

kasihNYA tiada bertepi


Salam alaik kepada semua pembaca budiman..Harap-harap semuanya berada dalam kondisi yg berbahagia..

Senyum..:)..(Nadhrah,pinjam trademark sat naa..)

Sudah lebih kurang sebulan saya tidak menulis dlm blog.Almaklumlah baru sahaja usai peperiksaan akhir semester,di mana perlu memberi tumpuan yg lebih dari hari-hari biasa.Ohh..kiranya lebih kurang sebulan ni saya menjalani kehidupan agak luar biasalah ye..hmm.

Ada satu kisah yg mahu sy kongsikan..Satu hari,saya dengan tidak sengaja berjumpa dengan seorang sahabat lama.Agak lama juga saya tidak berjumpanya.Masing-masing sibuk dengan hal sendiri.Banyak jugalah cerita yang kami kongsikan.Selepas itu,tidak beberapa lama kemudian,dia berjumpa saya kembali,tapi kali ini dengan sengaja dan bermaksud..


“Saya ada masalah ni..

Itu ayat pertamanya..Mula2 agak susah juga mahu mencungkil rahsianya,tapi berkat mulut saya yg bercerita itu ini,untuk menimbulkan rasa senang di hatinya akhirnya dia pun menceritakan segalanya..


Saya akui di kala musim peperiksaan ini,jika ada masalah melanda,sedikit sebanyak bisa mengganggu tumpuan untuk kita focus 100% pada study.Apa yg dapat saya simpulkan dari masalah sahabat saya itu:


1.Ingin berubah ke arah lebih baik tetapi rakan-rakan kurang memahami.Hal ini seterusnya menimbulkan rasa kurang tenteram pada jiwanya.Umpamanya,diluah mati emak,ditelan mati bapak..


Saya bukanlah pakar dalam menasihati orang tapi saya cuba memberi beberapa kata semangat agar sahabat itu tidak putus harap,agar dia lebih mengerti bahawa masih ramai lagi yg mengasihinya dan yang pasti Allah kasihkanNya kerana dia insan terpilih untuk menerima hidayah Allah.


Apa yg saya dapat nasihatkan padanya (untuk saya juga) supaya banyak berdoa mohon kekuatan dari Allah.Juga perlu yakin jika kita mahu lakukan sesuatu kebaikan,pasti ada dugaan dariNya..Dan yg pasti semuanya pasti berhikmah.


Teringat saya lirik lagu rahmat ujian,kumpulan mestica,,

“Harus ada rasa bersyukur di setiap kali ujian melanda,

Itu jelasnya membuktikan Allah mengasihiMu setiap masa

Di uji tahap keimanan sedangkan ramai terbiar dilalaikan

Hanya yg terpilih sahaja antara berjuta mendapat rahmatnya…”

Firman Allah bermaksud:


“Dan org-org yg berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami,benar-benar akan Kami tunjukkan mereka jalan-jalan Kami.Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta org yg berbuat baik..”

(Al-Ankabut:69)

“Adakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum datang kepadamu (cobaan) seperti (yg dialami ) orang-orang terdahulu sebelum kamu.Mereka ditimpa kemelaratan,penderitaan dan digoncang (dengan pelbagai dugaan) sehingga Rasul dan orang-orang beriman bersamanya berkata..”Bilakah datang pertolongan Allah?”Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat..”

(Al-Baqarah:214)


Atas kehadiran sahabat saya itu bersama masalahnya itu,sedikit sebanyak memberi peringatan kepada diri saya bahawasanya di hadapan itu perjalanan masih jauh.Dan bersedialah dengan ‘apa’ yg mendatang.Terima kasih!


-SETIAP PENGALAMAN ITU ADALAH PEMBELAJARAN-


*GROWTH WITH LEARNING PROCESS*

SERIKANDI_86 menulis

21/11/2008

10.00pm.

>