Thursday, March 4, 2010

UNTUK DIA




Salam alaik..

Dah lama tak post dlm blog,..tp hari ni sesuatu telah terjadi,dan saya teringatkan 'mereka'..
Penawar suka dan duka...
sy mahu berkongsi sesuatu dengan semua..
Tentang si dia ..tentang sikapnya..tentang dirinya..
Segala-galanya lah..

Itulah dia..perihal tentang sahabat..

Untuk itu, buat semua sahabat2 saya di seluruh dunia,Malaysia amnya,sy tujukan post kali ini istimewa untuk semuaa...
semoga kita jd sahabat yg terbaik buat sahabat2 kita..InsyaAllah...
Dan buat semua yg bergelar 'sahabat' saya,..thanks..
i'll appreciated every moment we've together ..


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MuBertemu untuk mematuhi perintah MuBersatu memikul beban dakwah MuHati-hati ini telah mengikat janji setia..untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannyaKekalkan kemesraan antara hati-hati iniTunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenarPenuhkanlah piala hati ini..dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada MuHidup suburkanlah hati-hati ini..dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan matiMaka matikanlah pemilik hati-hati ini..sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama MuEngkau lah sebaik-baik sandaran..dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin

SERIKANDI86
10.12PM..4MAC2010
>