Friday, November 21, 2008

MUHAMMAD SEBAGAI PEMBUAT KEPUTUSAN




Hari-hari tidak lepas dari membuat keputusan.Tidak kiralah dari sekecil-kecil benda sehingga sebesar-besar perkara perlukan keputusan.Walhal,jika ke kedai untuk makan tengahari juga kita perlu menentukan sendiri lauk apa yg akan dipilih.
Memandangkan pentingnya membuat keputusan,dan kerapkali ia melibatkan semua pihak maka ia wajar dilihat daripada pelbagai perspektif yang dapat dijadikan panduan untuk membuat keputusan.Iaitu dari perspektif Rasulullah sendiri,Muhammad SAW.


1.MEMBUAT KEPUTUSAN MENGIKUT PANDANGAN MAJORITI
Sejarah hidup Muhammad membuktikan keputusan yg hendak dibuat perlu berdasarkan majoriti.Contohnya keputusan untuk keluar menghadapi tentera musuh dalam peperangan uhud yg berlaku pada tahun ketiga hijrah.Pada awalnya ada sahabat yg berpandangan bahawa umat islam harus bertahan sahaja di dalam kota Madinah.Pandangan ini datangnya dari golongan yg sudah berusia kemudian pandangan lain pula menyatakan umat Islam harus keluar menentang musuh dan pandangan ini dikemukakan oleh golongan muda yg tidak menyertai peperangan Badar.Oleh kerana ia adalah pandangan majority maka Muhammad menerima pandangan mereka.


2.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN ISLAM
Baginda pernah meminta umat Islam berhijrah ke habsyah selepas melihat mereka tidak dapat menanggung penyeksaan fizikal yg dilakukan oleh orang-orang Quraisy.Pada masa yg sama dalam keadaan yg tidak mampu meringankan beban penyiksaan itu.Secara tidak langsung,keputusan ini menyelamatkan akidah umat Islam.


3.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBILKIRA KESEJAHTERAAN RAKYAT
Muhammad tidak pernah mengambilkira kepentingan peribadi dlm membuat keputusan tetapi meletakkan kepentingan masyarakat dan keutamaan awam.Misalnya tindakan baginda mempersaudarakan golongan Muhajirin dan ansar demi kesejahteraan masyarakat dan dapat menyelesaikan masalah social dan ekonomi kedua-dua puak ini.


4.MEMBUAT KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBILKIRA PANDANGAN ORANG YG LEBIH ARIF DALAM SUATU PERKARA.
Dalam satu kisah untuk menentukan penempatan tentera islam dlm perang badar,seorang sahabat yg bernama Hubbab Bin Mundhir telah meminta kepastian samada baginda memilih tempat itu berdasarkan wahyu Allah ataupun sekadar pandangan dan strategi peperangan baginda sendiri.Apabila Rasulullah menjelaskan itu adalan pandangannya,maka Hubbab pun mencadangkan berpindah ke kawasan yg berdekatan sumber air.Baginda bersetuju bukan kerana alasan yg logic tetapi menyedari kearifan Hubbab yg terkenal sebagai seorang yg mahir dlm selok belok peperangan.



RUJUKAN:GENIUS MUHAMMAD BIN ABDULLAH
(mengungkap kepakaran seorang Nabi dlm pelbagai dimensi hidup)


SERIKANDI_86
21/11/2008

No comments:

>