RAMADHAN YG TELAH BERLALU..
Sebulan Ramadhan berlalu bagaikan tidak terasa..Sepanjang itu jualah bulan penuh keberkatan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kerohanian serta amal ibadah yg menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda..
Seronok rasanya merasai suasana Ramadhan yg hanya ditemui setahun sekali ini..Masjid2 dan surau2 menjanjikan juadah berbuka setiap hari..Samalah jua keadaannya di kampus2.Suasana ini turut dirasai..Mungkin keadaan di kota-kota besar tidak sama dengan di kampung..Jika di bandar2 besar,bolelah jua kiranya bertukar-tukar angin berbuka dan berterawih di tempat yg berbeza-beza.Hari ini ke masjid itu,esok ke surau ini,lusa pula ke tempat lain pula..Begitulah sehari-hari…Merasa suasana berbeza,mendatangkan pengalaman yg banyak,mengeratkan lebih silaturrahim..Tentu seronok!
Bagi saya sendiri,walaupun tidak dapat merasai suasana begitu,saya tetap bersyukur.Boleh dikatakan hampir setiap hari berbuka di surau kolej sendiri,Cuma kadang2 dapatla merasa berbuka di masjid pula..Sudah bererti rasanya dapat menyiapkan juadah berbuka(catering yg masak,saya isi dalam talam je,takpun isi air....),makan beramai-ramai bersama mad’u,bertadarrus,mendengar tazkirah sebelum berbuka,bertanya khabar dan bercerita…Seronok juga!
Cumanya,kadang-kadang terbit juga rasa kecewa..Ada juga di kalangan sahabat-sahabat yg tidak memanfaatkan peluang sebegini untuk menjalinkan ukhwah,memupuk mahabbah malah memberi nilai tambah pada diri sebenarnya..Sering saja terdengar permintaan untuk diadakan program yg gah-yg menarik-yg bisa melentur dan menarik hati mad’u-namun sering juga tidak memberi sokongan pada APA YANG TELAH ADA..terlepas pandang barangkali..Namun,usahlah budaya terlepas pandang ini berleluasa,kelak menjadi tradisi kekal sampai bila-bila…kadang-kadang perlu juga PANDANG-MEMANDANG…pada tempatnya lah!
Berbalik pada Ramadhan ini,ana sendiri merasakan byk lagi kekurangan diri.Perlu sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri..Byk iktibar yg ana dapat sepanjang bulan ini..Alhamdulillah
Beruntunglah bagi umat Islam yg dapat memanfaatkan bulan ini.Sayu rasanya berlalu sudah Ramadhan.Semoga dapat berjumpa Ramadhan yg akan datang..InsyaAllah
“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
5 OKTOBER 2008
SERIKANDI_86
No comments:
Post a Comment