Wednesday, October 8, 2008

BEGINILAH AMAL JAMAI'E

Beginilah Amal Jama'ie


SALAM ISLAH,
Taat pada keputusan pemimpin
Alhakim mentakhrij dari Abdullah bin Buraidah, dia berkata, "Rasulullah SAW melantik Umr bin al-Ash menjadi komandan pasukan dalam perang Dzatus Salasil, yang di antara mereka juga ada Abu Bakar dan Umar. Ketika mereka tiba di tempat pertempuran, Amr memerintahkan agar mereka tidak menyalakan api sama sekali. Umar merasa tersinggung dan marah. Maka dia bermaksud hendak menemui Amr. Namun Abu Bakar melarangnya, dan menjelaskan kepadanya bahawa Rasulullah SAW melantik Amr sebagai komandan pasukan, kerana memang dia mahir dalam masalah peperangan". Mendengar penjelasan Abu Bakar itu, Umar menjadi tenang.

Mahu mengalah
Urwah bin Zubair ra berkata, "Rasulullah SAW melantik AMr bin Al-Ash sebagai komandan satuan dalam perang Dzatus Salasil, yang harus masuk ke perbatasan Syam dari arah Bala. Sementara baginda memerintahkan Abdullah untuk menyusul pasukan di bawah komando Amr dari arah Qudha'ah. Melihat jumlah musuh yang terlalu banyak, Amr mengirim utusan pada Rasulullah untuk mengirim bala bantuan lagi. Maka baginda mengirim orang-orang Muhajirin yang ada di antara mereka Abu Bakar dan Umar. Baginda melantik Abu Ubaidah al-Jarrah sebagai komandannya. Ketika satuan pasukan ini berkumpul dengan pasukan Amr, maka Amr berkata, "Aku adalah komandan kalian ketika ini, kerana aku mengirim utusan kepada Rasulullah SAW untuk meminta bantuan kalian". Orang-orang muhajirin itu menyahut, "Bolehlah engkau menjadi komandan rakan-rakanmu. Tapi Abu Ubaidah tetap menjadi komandan orang-orang muhajirin". Amr menyahut, "Kalian adalah bala bantuan yang aku minta".

Abu Ubaidah, orang yang dikenali lemah lembut segera meredakan keadaan yang mula memanas ini dengan berkata, "Wahai Amr, harap engkau ketahui bahawa pesanan terakhir yang disampaikan Rasulullah kepadaku ialah, "Jika engkau sudah bertemu rakanmu, maka hendaklah kalian saling patuh mematuhi. Kalau engkau memang tidak mahu patuh kepadaku, maka akulah yang akan patuh kepadamu". Lalu Abu Ubaidah menyerahkan kepemimpinan kepada Amr.

Pemimpin harus ditaati
Anas ra berkata, "Seorang sahabt terdekat Rasulullah SAW melarang beberapa hal, seraya berkata, "Janganlah kalian mencaci pemimpin-pemimpin kalian, janganlah menyusahkan dan membangkang mereka. Bertakwalah kepada Allah kerana kemenangan itu sudah dekat". (Al-Kanzu 3/168) Menjaga lidah dekat pemimpin.Ashim bin Muhammad berkata, "Ada seorang lelaki berkata kepada Ibnu Umar, "Kami pernah menghadap pemimpin kami, lalu kami sepakat untuk mengatakan sesuatu yang berbeza jika kami tidak lagi di hadapannya". Ibnu Umar berkata, "Kami menganggap yang demikian itu termasuk kemunafikan.

Berkata yang benar di hadapan pemimpin
Ibrahim bin Atha berkata bahawa ayahnya pernah berkata, "Ziyad atau Ibnu Ziyad pernah mengutus Imran bin Hushain ra untuk mengumpulkan zakat dan sedekah. Setelah urusan selesai, dia kembali tanpa membawa sedikitpun. "Mana harta yang engkau kumpulkan?", Tanya Ziyad. "Untuk harta itukah kau mengutusku?" Imran bertanya semula. Lalu dia berkata, "Kami mengambil harta itu seperti yang kami lakukan pada zaman Rasulullah SAW, dan kami menyalurkannya seperti yang kami lakukan pada zaman baginda".

[Posting asal dari Ust Yussaine Yahya]

Monday, October 6, 2008

WELL PREPARED ALWAYS



BERSEDIA-WELL PREPARED ALWAYS

Jam 12.37am.Saya baru sahaja sampai di bilik..Kebanyakan rakan-rakan serumah sudah dibuai mimpi..Sejak pukul 9.30pm td sy memerah otak,mengerah idea dalam sesi pembentangan program&budget 2009 kepada 8 orang felo dan pengetua kolej.
Petang itu..

“1 message received.”

Sy membaca mesej yg baru diterima.Panggilan jihad sy istilahkan..Saya diminta untuk menghadiri meeting bersama pengetua dan felo memandangkan pengerusi dan s/usaha kolej ada hal yg lebih penting perlu diselesaikan…Agendanya adalah pembentangan program dan budget 2009.

Saya cuba menghubungi beberapa orang AJK kolej sebagai ‘peneman’ saya bermesyuarat.Malangnya masing2 sibuk dengan tugas masing2,minggu ini amat kritikal.Ujian dan assignment segalanya.Saya sendiri ada 2 proposal perlu dihantar,asment,dan juga test.. Minggu lepas,di saat semua bergembira untuk pulang ke kg untuk berhari raya,sy masih bergelumang dengan proposal dan budget program...Di saat semuanya sibuk ‘packing’ untuk balik kg,kami sebahagian Jawatankuasa masih lagi berpencak di dalam mesyuarat..Atas nama tanggungjawab,inilah amanah yg perlu saya& sahabat2 tunaikan..

Sy kurang sihat sebenarnya.Kepala berdenyut-denyut..Saya agak ‘kalah’ dengan air hujan.Tengahari tadi meredah hujan waktu pulang dari kuliah..Saya cuba menyiapkan sedikit tugasan memandangkan malam nanti ada agenda yg perlu diselesaikan.

Bilakah masanya saya dapat member i tumpuan sepenuhnya kepada tugasan-tugasan yang menunggu masa untuk dihantar…Soalan itu saya biarkan tanpa jawapan kerana saya mmg tiada jawapan untuk itu.untuk itu,sy mula menyusun jadual untuk minggu ini..

Bukankah Allah sudah kurniakan masa yg sama untuk setiap hambaNya?Sering sahaja saya memarahi diri sendiri…

Rupanya sesi pembentangan itu tidak seperti yg digambarkan.Saya fikir,hanya perlu membentangkan program beserta objektif,tarikh dan juga peruntukan sahaja tetapi saya diminta membentangkan secara detail bagi setiap program bermula dengan tarikh,objektif,kumpulan sasaran,perjalanan secara terperinci setiap program beserta peruntukan kewangan yang merangkumi makanan,penginapan,dan sebagainya..

“Aduh..berat ni.Memang saya x bersedia untuk itu..15 program secara detail?saya x mampu.”

Saya jadi segan dan malu yg teramat kerana tidak dapat memenuhi kehendak ahli mesyuarat..
Bayangkanlah,umpamanya saya menjemput semua orang datang ke rumah saya sempena hari terbuka dan saya menjanjikan untuk menyediakan juadah yang istimewa iaitu mee bandung.Jemputan saya semua tentu sudah dapat membayangkan keenakan mee bandung tetapi apabila menjamah juadah,mee bandung yg saya katakana itu rasanya seperti mee kari yang kurang masin..Tentu jemputan itu nkecewa bukan?

Jadinya,atas budi bicara tn pengetua,sy mohon untuk memperkemaskan dan membentangkan semula dalam minggu ini juga.Alhamdulillah,sy diberi peluang untuk itu dan diminta menerangkan serba sedikit mengenai setiap program..Byk juga komen juga kritikan yg saya anggap sebagai kritikan membina sebagai penambahbaikan untuk program yg bakal dijalankan yg saya terima ml mini..Sy juga mendapat satu pengajaran yg berguna iaitu-BERSEDIA SENTIASA.dan –MENJANGKAKAN LEBIH DARI BIASA.mungkin ini ada kaitannya dengan berfikir secara kritikal.critical thinking.di mana seseorang itu perlu berfikir secara tepat pada satu-satu masa yg memerlukan…

Sy memandang semula kertas program yg penuh dengan contengan pembetulan dan cadangan.Tugasan baru telah diterima…suka atau tidak..mahu atau tidak mahu…saya tiada pilihan..

Kadang-kadang terbit rasa yg ‘bukan-bukan’..Sy manusia biasa,dan semestinya perasaan negative itu kadang kala muncul.Manusia,apabila sudah mencapai satu tahap yg serasa seperti tiada kemampuan lagi,merbahayalah jika membiarkan perasaan itu menguasai diri…Iman pula kadang kala turun naik..

“Bersabar.Doa banyak-banyak pada Allah..”kerapkali sahabat saya menasihati.

Apalah sangat yang saya lakukan jika hendak dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin dunia..Apalah sangat yg saya buat berbanding dengan kisah perjuangan para pejuang Islam yg sanggup menggadai nyawa.Selusuri sahaja kisah para sahabat dan Rasulullah dalam menyebarkan dan memperjuangkan Islam.Betapa perit dan penuh onak berliku…Siapalah saya..Hamba yg hina,entah apa yg saya lakukan diterima ayau tidak.Dipandang atau tidak.Bak kata orang..‘cikai’ aje…Sy sendiri bimbang.

Semoga matlamat dan objektif yg saya tetapkan sejak dari awal dulu,sentiasa berpijak di paksi yang sama.Semoga apa yg saya niatkan KeranaNYA ini sentiasa dihitung sebagai ibadah hamba kepada Khaliqnya…

Semoga Allah meredhai perjuanganku..Ameen.

KERANA ALLAH UNTUK ISLAM

6 september 2008
SERIKANDI_86

RAMADAHAN YG TELAH BERLALU






RAMADHAN YG TELAH BERLALU..
Sebulan Ramadhan berlalu bagaikan tidak terasa..Sepanjang itu jualah bulan penuh keberkatan ini dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kerohanian serta amal ibadah yg menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda..

Seronok rasanya merasai suasana Ramadhan yg hanya ditemui setahun sekali ini..Masjid2 dan surau2 menjanjikan juadah berbuka setiap hari..Samalah jua keadaannya di kampus2.Suasana ini turut dirasai..Mungkin keadaan di kota-kota besar tidak sama dengan di kampung..Jika di bandar2 besar,bolelah jua kiranya bertukar-tukar angin berbuka dan berterawih di tempat yg berbeza-beza.Hari ini ke masjid itu,esok ke surau ini,lusa pula ke tempat lain pula..Begitulah sehari-hari…Merasa suasana berbeza,mendatangkan pengalaman yg banyak,mengeratkan lebih silaturrahim..Tentu seronok!

Bagi saya sendiri,walaupun tidak dapat merasai suasana begitu,saya tetap bersyukur.Boleh dikatakan hampir setiap hari berbuka di surau kolej sendiri,Cuma kadang2 dapatla merasa berbuka di masjid pula..Sudah bererti rasanya dapat menyiapkan juadah berbuka(catering yg masak,saya isi dalam talam je,takpun isi air....),makan beramai-ramai bersama mad’u,bertadarrus,mendengar tazkirah sebelum berbuka,bertanya khabar dan bercerita…Seronok juga!

Cumanya,kadang-kadang terbit juga rasa kecewa..Ada juga di kalangan sahabat-sahabat yg tidak memanfaatkan peluang sebegini untuk menjalinkan ukhwah,memupuk mahabbah malah memberi nilai tambah pada diri sebenarnya..Sering saja terdengar permintaan untuk diadakan program yg gah-yg menarik-yg bisa melentur dan menarik hati mad’u-namun sering juga tidak memberi sokongan pada APA YANG TELAH ADA..terlepas pandang barangkali..Namun,usahlah budaya terlepas pandang ini berleluasa,kelak menjadi tradisi kekal sampai bila-bila…kadang-kadang perlu juga PANDANG-MEMANDANG…pada tempatnya lah!

Berbalik pada Ramadhan ini,ana sendiri merasakan byk lagi kekurangan diri.Perlu sentiasa muhasabah dan memperbaiki diri..Byk iktibar yg ana dapat sepanjang bulan ini..Alhamdulillah

Beruntunglah bagi umat Islam yg dapat memanfaatkan bulan ini.Sayu rasanya berlalu sudah Ramadhan.Semoga dapat berjumpa Ramadhan yg akan datang..InsyaAllah

“DENGAN HIKMAH KITA MENEROKA”
5 OKTOBER 2008
SERIKANDI_86

SELAMAT HARI LAHIR


SELAMAT HARI LAHIR
27 September 2008.

Kurang lagi 3 hari umat islam akan merayakan hari kemenangan-SYAWAL
Hari ini hari lahir saya yg ke-22..

Terima kasih pada sahabat2 yg meluangkan sms mengucapkan selamat pada saya..
Syukran..saya amat2 menghargainya..dan…I’m very appreciate every moment in my life…

Tetapi,semakin meningkat usia ini,rupa-rupanya semakin kurang yg memberi ucapan selamat kepada saya.Lupa agaknya..Takpun,saya pasti kalian sering mendoakan saya…Saya x kisah pun..
Dan saya juga perlu sedar sebenarnya..yg usia sudah semakin pendek

KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA
27 SEPTEMBER 2008
SERIKANDI_86

PROGRAM PEMURNIAN SAHSIAH





Tanpa melepaskan peluang yg ada,bulan ini juga Jawatankuasa Pelajar bersama Biro Kerohanian Dan Etika mengambil peluang memurnikan bulan mulia ini dengan mengadakan program PROPES’08.

PROPES’08(Program Pemurnian Sahsiah) yg salah satu objektifnya untuk meningkatkan sahsiah pelajar telah diadakan sepanjang Ramadhan.Walaubagaimanapun,7 Ramadhan bersamaan 7 september telah dipilih sebagai satu hari penuh berlangsungnya beberapa program khusus iaitu,tilawah,hafazan,nasyid,khat,khaligrafi dan azan..

Alhamdulillah,program berjaya mencapai objektifnya.Penyertaan dari non-muslim untuk pertandingan khaligrafi juga amat memberangsangkan.Nasyid ‘open-air’ juga tidak kurang hebatnya.

Tahniah kepada semua jawatankuasa program&sahabat-sahabat yg telah bersusah payah menjayakan program ini Terutamanya kepada pengarah&timbalan,Bazli & Siti Aminah…sehingga ada sahabat-sahabat yg ‘demam’....

KEEP ON GOOD WORK!

Semoga kita tidak jemu untuk terus memartabatkan Islam!
Sokongan kalian ana hargai..Syukran


“KE ARAH MEMARTABATKAN SAHSIAH”
20 Ramadhan 1429
SERIKANDI_86
>