Sedar tak sedar,sudah 5 minggu ana telah mengikuti kuliah semester baru..Bagaikan baru semalam menyambut para pelajar baru di Minggu Haluan Siswa..
Rupa-rupanya telah menghampiri separuh semester..Masa…pantas sungguh berlalu
Berlalu dan terus berlalu..
Tanpa menunggu …terus berlalu..
Beruntunglah mereka yg memanfaatkan masanya dengan baik dan rugilah yg mensiakannya..
Umpamanya hadiah untuk setiap detik…sekali diabaikan satu detik,maka terlepaslah satu hadiah..
Tetapi budaya ‘kejap lagilah,’seakan sudah sebati di dalam diri.Perlu diubah,kelak nafsu yg bias merajai diri..
Alhamdulillah,majlis perkahwinan abg ana pada 2 Ogos lepas berjalan dengan lancer.Walaupun ana ada tanggungjawab lain sebagai pelajar,mahasiswa,dan pemimpin,namun dengan berkat nikmatNya,dapat juga ana menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang anak..Pulang ke kg,bersama-sama dengan ahli keluarga yg lain meraikan hari bahagia abang..Tapi lagaknya ana byk bertindak sebagai pengurus majlis..hmm…
Sudah menjadi suami orang kini abg ana.Maka bertambahlah tanggungjawabnya..
Selamat berbahagia dan semoga perkahwinan ini dilimpahi kasih sayang dan berkah dariNya..
Selamat Pengantin Baru buat HAIRUL ANUAR&RAFIZAH
Semoga cabaran dan dugaan yg mendatang dapat ditempuhi dengan sabar,dan tentu sekali cabaran pertama ini terpaksa berjauhan,memandangkan abg bertugas di Sabah dan akak ipar bertugas di johor.
Doa ana semoga kalian berbahagia..
“bertemu tak jemu…berpisah tak gelisah”
SERIKANDI_86
2 comments:
enti bila lagi???
Ana?
Ajal maut...jodoh pertemuan di tangan Tuhan
Post a Comment