Saturday, August 9, 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU



Sedar tak sedar,sudah 5 minggu ana telah mengikuti kuliah semester baru..Bagaikan baru semalam menyambut para pelajar baru di Minggu Haluan Siswa..

Rupa-rupanya telah menghampiri separuh semester..Masa…pantas sungguh berlalu




Berlalu dan terus berlalu..




Tanpa menunggu …terus berlalu..




Beruntunglah mereka yg memanfaatkan masanya dengan baik dan rugilah yg mensiakannya..

Umpamanya hadiah untuk setiap detik…sekali diabaikan satu detik,maka terlepaslah satu hadiah..


Tetapi budaya ‘kejap lagilah,’seakan sudah sebati di dalam diri.Perlu diubah,kelak nafsu yg bias merajai diri..


Alhamdulillah,majlis perkahwinan abg ana pada 2 Ogos lepas berjalan dengan lancer.Walaupun ana ada tanggungjawab lain sebagai pelajar,mahasiswa,dan pemimpin,namun dengan berkat nikmatNya,dapat juga ana menyempurnakan tanggungjawab sebagai seorang anak..Pulang ke kg,bersama-sama dengan ahli keluarga yg lain meraikan hari bahagia abang..Tapi lagaknya ana byk bertindak sebagai pengurus majlis..hmm…


Sudah menjadi suami orang kini abg ana.Maka bertambahlah tanggungjawabnya..


Selamat berbahagia dan semoga perkahwinan ini dilimpahi kasih sayang dan berkah dariNya..


Selamat Pengantin Baru buat HAIRUL ANUAR&RAFIZAH




Semoga cabaran dan dugaan yg mendatang dapat ditempuhi dengan sabar,dan tentu sekali cabaran pertama ini terpaksa berjauhan,memandangkan abg bertugas di Sabah dan akak ipar bertugas di johor.


Doa ana semoga kalian berbahagia..


“bertemu tak jemu…berpisah tak gelisah”



SERIKANDI_86

AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB


Alhamdulillah,pada tanggal 25-27 Julai yg lepas,ana bersama sahabat-sahabat sekolej seramai 18 org berkesempatan mengikuti Program Kepimpinan Harapan 08/09 yg bertempat di Gunung Lambak Kluang..


Program kepimpinan ini merupakan program wajib kepada siswa dan siswi yg bakal menjadi pemimpin kolej.Seramai lebih kurang 100 org peserta dari 5 kolej mengikuti program ini.


Program yg berbentuk praktikal ini merupakan rentetan dua program sebelum ini iaitu Kem Pemantapan Ukhwah dan Program Tunas Harapan..


Bermula dengan Kem Pemantapan Ukhwah,sesuai dengan temanya,kami para peserta didedahkan dengan kepentingan ukhwah terutamanya dalam berorganisasi bersama..

Program Tunas Harapan pula para peserta didedahkan dengan cara berorganisasi yg betul.Dari segi protocol,cara mengendalikan program dan sebagainya.Di sini juga bakat para peserta dapat dicungkil.Antara slot yg tidak dapat dilupakan ialah pengucapan awam dan ‘night walking’

Setelah tamat Program Tunas Harapan,kami meneruskan pula perjuangan kami ke program terakhir sebelum pelantikan jawatan iaitu Program Kepimpinan Harapan yg benar2 menguji mental dan emosi.

Di sini kami didedahkan Bagaimana seorang pemimpin perlu membuat keputusan yg tepat,kreatif,dan cara pengurusan masa yg betul agar tugas dan tanggungjawab sebagai pelajar tidak terabai..Pengalaman membuat kertas kerja dan tugasan mengendalikan majlis memberi ilmu yg cukup berguna…

Dan kemuncaknya,setiap seorang peserta di beri amanah dengan jawatan masing-masing..


Amanah ..mudah disebut tapi besar erti dan tanggungjawabnya…


Amanah ini jugalah yg akan dipersoalkan oleh Allah di akhirat nanti..


Amanah datangnya dari Allah..


Amanah adalah satu anugerah juga satu ujian..


Moga ana dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini dengan sebaiknya

Ya ALLAH redhailah aku…tetapkan sentiasa hati ini agar tidak lalai dari jalanMU

Semoga segalanya tidak lain tidak bukan hanya mengharap RedhaMu semata…


SEGALANYA KERANA ALLAH!!


Moga2 segala ilmu yg ana perolehi ini dapat ana gunakan dengan sebaiknya,khususnya untuk kepentingan Islam itu sendiri

‘KERANA ALLAH UNTUK ISLAM’


SERIKANDI_86

OGOS 2008

>