Friday, May 9, 2008

SELAMAT HARI LAHIR&HARI IBU..

selamat hari lahir dan selamat hari ibu buat bonda tercinta JumiA'Ah bte Hj Sulaiman..

Hari itu hr terakhir utk mengosongkan kolej...
Sengaja sy tidak memberitahu emak sy akan pulang bersama segala "harta benda" saya..
Sy menghubungi seorang saudara,minta bantuannya utk mengambil sy di kolej yg jaraknya lebih kurang sejam dari rmh..Tak mahu menyusahkan abah..

Dalam separuh perjalanan,saya mengambil keputusan utk menghubungi emak di rumah,bimbang pula mereka tiada di rumah...

"ASsalamualaikum mak..siti ni.."

"Eh siti ..ingat mak kak erun..kenapa suara mcm kak erun pulak"mak sy jawab

"ye ke..."lainlah mak..
tak nak sy mengaku sama...tapi kalau dah adik beradik tu mesti ada yg sama jugak la kan..

"siti odw balik kg ni.."

"Alhamdulillah.lama x cuti..Naik apa ni"

"lama jugak..tapi nanti kdg2 keluar ada program..(sy perlu memberitahu emak,tak mahu dia terlalu mengharap nanti)

"Terima kasih la sgt2 kau cuti,Boleh tolong mak kat rumah..Senang mak kalau kau ada kat rumah..

Sy terdiam..Berkata sepatah dua kata,memberi salam dan mematikan talian.Sy berfikir kata2 emak saya tadi.."terima kasih"..emak berterima kasih pd sy,anaknya kerana pulang bercuti..Lihatlah betapa hati ibu gembira bila kita ada di rumah..Dapat membantunya,serba sedikit meringankan bebannya..Sy hiba sebenarnya..
Ibu dan ayah semakin tua,kakak2 sudah berkeluarga,abg kerja di Sabah,adik di asrama..
Sy menjadi harapan keluarga utk sering menziarahi ibu ayah kerana sy yg terdekat..

Sy anak,sy seorang pelajar.sy juga seorang khalifah Allah,seorang da'ie..
Dengan tanggungjawab2 ini tdk memungkinkan sy sering di rumah..Cuti semester ini..Pelbagai program telah tersusun..Sy ada pilihan untuk tidak hadir sebenarnya..
'Keselesaan adalah ujian'-Jika sy memilih untuk berselesaan,bisa saja tapi saya memilih untuk memperbaiki diri...mentarbiyyah diri lagi..
InsyaAllah,sy cuba membahagikan masa sebaiknya,berbakti pada ibu ayah,negara,dan yang paling penting,,,AGAMA ISLAM yg tercinta..

Sy mahu menjadi anak yg solehah,sentiasa mendoakan kebahagiaan ibuayah juga seorang SERIKANDI ISLAM,seumpama sekuntum bunga yang menebarkan keharumannya pada sesiapa sahaja dengan cahaya Islam...

YA ALLAH REDHAILAH AKU..

serikandi_salwa

No comments:

>