Monday, July 26, 2010

"Malam ini malam nisfu Syaaban..
Sesungguhnya Allah telah datang kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yang beristigfar, memberi rahmat kepada mereka yang memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang-orang yang dengki.."


*sabda nabi kepada Aisyah selesai solat paDA mlm nisfu syaaban..

Sunday, April 18, 2010

SALAM IMTIHAN BUAT SEMUA..


Assalamualaikum wbk

Selamat malam kepada semua ..


Akhir-akhir ini saya menyelusuri hari-hari seperti biasa..dengan pelbagai aktiviti dan agenda yg dirancang dan tidak dirancang..Yang pastinya di bawah rancangan Sang Pencipta.Allahu Akbar! Tetapi setiap hari itu menawarkan pengalaman yg berbeza-beza sebagai pengajaran yg berguna buat insan biasa seperti saya..Alhamdulillah..



Satu yg pasti ada sesuatu yg lama saya tinggalkan sepanjang tempoh itu..Ya! Update blog..


Bukan tiada kisah yang mahu dikongsikan , bukan tiada cerita yang mahu dihuraikan, tetapi tuntutan semasa dan ‘cuaca’ yang berubah-rubah, terkadang panas , terkadang hujan, menjadikan saya mewujudkan pilihan.



Sedar tak sedar, sekarang sudah memasuki fasa-fasa peperiksaan. Maka sudah semestinyalah peluang ini digunakan untuk mengulangkaji /mencari pelajaran. Para pelajar tahun akhir yg mengambil PSM kebanyakan sudah lega saya kira kerana sudah melepasi fasa ‘bertemu dan berbicara’ dengan panel masing-masing..Tidak terkecuali juga saya…Alhamdulillah, akhirnya..


Ok..selamat berjaya kepada semua..ALL THE BEST..Kerana ALLAH untuk ISLAM..

Let's ShoOt the GoaLs!!


Di kesempatan ini, sukalah saya berkongsi beberapa tips LANGKAH BIJAK ORANG CEMERLANG..Hah..siapa yg nak jadi cemerlang, jom kita sama2 ikut tips2 ni..bila nak mula?Of course la right now..Siapa xnak jd cemerlang, xperlu ikut..


But remember one thing!

"UMAT ISLAM HARUS CEMERLANG, HARI INI MESTI LEBIH BAIK DARI SEMALAM.."



here it is,


LANGKAH BIJAK ORANG CEMERLANG:


1)Buat apa yg orang GAGAL xsuka buat

2)HATI mesti BERSIH

3)NIAT murni-(sentiasa update niat--kerana ALLAH)

4)Menjaga IBADAH

5)Hus Nuzon

6)Kenalpasti masalah

7)Cari HIKMAH setiap yg berlaku

8)Cari HAKIKAT kehidupan

9)Buat perancangan--merancang tu penting

10)BUAT YANG TERBAIK!!




DARI SAYA UNTUK SEMUA,

SERIKANDI86..

HomeSweetHome

Thursday, March 4, 2010

UNTUK DIA




Salam alaik..

Dah lama tak post dlm blog,..tp hari ni sesuatu telah terjadi,dan saya teringatkan 'mereka'..
Penawar suka dan duka...
sy mahu berkongsi sesuatu dengan semua..
Tentang si dia ..tentang sikapnya..tentang dirinya..
Segala-galanya lah..

Itulah dia..perihal tentang sahabat..

Untuk itu, buat semua sahabat2 saya di seluruh dunia,Malaysia amnya,sy tujukan post kali ini istimewa untuk semuaa...
semoga kita jd sahabat yg terbaik buat sahabat2 kita..InsyaAllah...
Dan buat semua yg bergelar 'sahabat' saya,..thanks..
i'll appreciated every moment we've together ..


Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

-Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
-Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
-Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
-Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
-Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
-Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
-Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
-Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;-Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
-Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
-Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
-Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
-Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;-Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi MuBertemu untuk mematuhi perintah MuBersatu memikul beban dakwah MuHati-hati ini telah mengikat janji setia..untuk mendaulat dan menyokong syariatMu


Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannyaKekalkan kemesraan antara hati-hati iniTunjukkanlah kepada hati-hati ini..akan jalannya yang sebenarPenuhkanlah piala hati ini..dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada MuHidup suburkanlah hati-hati ini..dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan matiMaka matikanlah pemilik hati-hati ini..sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama MuEngkau lah sebaik-baik sandaran..dan sebaik-baik penolong ya Allah

Perkenankanlah permintaan iniAmin ya rabbal A'alamin

SERIKANDI86
10.12PM..4MAC2010

Saturday, February 27, 2010

CINTA SEBENAR

Kisah Cinta Sebenar ..Detik 12 RabiulAwal.. Rasulullah Lahir dan Wafat

Selawat dan salam atas Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w



Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang

dicontohi Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun

langit telah mulai menguning, burung2 gurun enggan mengepakkan

sayapnya. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan

khutbah, Wahai ummatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta

kasih-Nya. Maka taati dan bertaqwalah kepadaNya. Kuwariskan dua

perkara pada kalian;



Al-Quran dan Sunnahku. Barang siapa mencintai

sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-

orang yang mencintaiku, akan masuk ke dalam

syurga bersama-sama ku.



Khutbah singkat diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang

dan penuh minat menatap sahabatnya satu-persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik

turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghelakan nafas

panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam.



Isyarat itu telah datang , saatnya sudah tiba. Rasullullah akan

meninggalkan kita semua, keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas

menangkap

Rasulullah yang dalam keadaan lemah dan goyah ketika turun dari

mimbar. Di saat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana

pasti akan

menahan detik-detik yang berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu

rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang

terbaring

lemah dengan keningnya yang keringat dan membasahi pelepah kurma

yang menjadi alas tidurnya.



Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan

salam. Bolehkah saya masuk? tanyanya. Tapi Fatimah tidak

mengizinkannya masuk, Maafkanlah, ayahku sedang demam. Kata Fatimah

yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani

ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya kepada Fatimah,

Siapakan itu wahai anakku? Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru

sekali ini melihatnya. Tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap

puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah

bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. Ketahuilah,

dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan

pertemuan di dunia. Dialah Malakul Maut. Kata Rasulullah. Fatimah pun

menahan ledakkan tangis.



Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa

Jibril tidak ikut sama menyertainya .. kemudian dipanggilah Jibril



yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut ruh

kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah? Tanya Rasulullah

dengan suara yang amat lemah.

Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruh mu.

Semua syurga terbuka lebar menanti kedatangan mu..

Kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega,

matanya masih penuh kecemasan.

Engkau tidak senang mendengar khabar ini?tanya Jibril lagi. Khabarkan

kepada ku bagaimana nasib umatku kelak?

Jangan khuwatir, wahai Rasulullah, aku pernah mendengar Allah

berfirman kepadaku:

' kuharamkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah

berada di dalamnya, kata Jibril.



Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan

ruh Rasulullah ditarik.

Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya

menegang.

Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini. Perlahan Rasulullah

mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang

disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkn muka.

Jijikkah kau melihatku, hingga

kau palingkan wajahmu Jibril? Tanya Rasulullah pada Malaikat

pengantar wahyu itu.

Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal, kata

Jibril.



Sebentar kemudian, terdengar Rasulullah mengerang, kerana sakit yang

tidak tertahankan lagi. Ya Allah, dahsyat nian maut ini,

timpakan saja semua seksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak

lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera

mendekatkan telinganya. Uushiikum bis shalati, wa maa malakat

aimanuku-

Peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.



Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling

berpelukkan. Fatimah menutupkan tangan diwajahnya dan Ali kembali

mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

Ummatii, ummatii, ummatii- Umatku, seorang manusia yang mulia yang

memberi sinaran

itu.



Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?



Allahumma sholi ala Muhammad wa baarik wa salim alaihin.. betapa

cintanya Rasulullah kepada kita.



Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim yang lain agar timbul

kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan

RasulNya mencintai kita. Kerana, sesungguhnya selain daripada itu

hanya fana belaka.

Thursday, February 18, 2010

SELAMAT HARI LAHIR AZHAD..

This page special dedication to Mohd Azhad Nabihan Mohd Zahid@ abang

For his 6th years birthday
16 Februari 2010

Almost late..but 'better late than never'..

Azhad..
Selamat hari lahir ke-6
semoga Jadi anak soleh..
Jadi abang yg baik..
Jadi contoh adik-adik
Jadi seorang yg cerdik dan bijaksana..

Semoga hidup abang diberkati ALLAH selalu

Jgn nakal2!

Ameen


with love,
Auntie Ct

Saturday, January 23, 2010

Tafsir Ringkas QS Al-Anfal : 1 - 4

1) Mereka menanyakan kepadamu tentang (pembagian) hasil rampasan perang.
Katakanlah: "Hasil rampasan perang adalah kepunyaan Allah dan Rasul, oleh sebab itu bertakwalah kepada Allah dan perbaikilah perhubungan di antara sesamamu; dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu adalah orang-orang yang beriman."

2) Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.

3) (Yaitu) orang-orang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebagian dari rizki yang kami berikan kepada mereka.

4) Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa derajat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rizki (nikmat) yang mulia. (QS Al-Anfal [8]: 1-4)


Surah Al-Anfal adalah surah kelapan dalam urutan surah-surah Al-Qur’an sesuai dengan susunan Mushaf.
Surah ini tepatnya turun dalam Perang Badar di bulan Ramadhan pada tahun kedua Hijriyah,
yakni sembilan belas bulan setelah peristiwa hijrah Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam dari Mekkah ke Madinah.


Tema utama surah ini bisa disimpulkan dari dua kata kunci yaitu iman dan jihad. Antara keduanya memang ada keterkaitan yang sangat erat. Iman merupakan syarat utama jihad yang sah dan benar. Disamping itu iman juga merupakan motivator utama dalam berjihad. Sehingga, tanpa adanya iman yang kokoh dan kuat tidak dapat dibayangkan bahwa seseorang akan siap maju ke medan jihad yang menuntut berbagai bentuk pengorbanan. Sementara itu, jihad adalah jalan dan cara terbaik yang dilakukan oleh seorang mukmin untuk menggapai kesempurnaan iman. Di saat yang sama, jihad juga merupakan salah satu saranan terpenting dalam Islam untuk membuktikan dan menunjukkan tingkat kejujuran serta kemurnian iman seseorang.

-sebab Turunnya Ayat (Asbabun Nuzul)


Imam Ahmad meriwayatkan dalam kitabnya Al-Musnad dari sahabat ’Ubadah bin Ash-Shamit yang mengatakan,”Tentang kamilah (peserta Perang Badar) surah Al-Anfal ini turun. Yakni pada saat kami sedang berselisih seputar hasil rampasan perang, yang menjadikan akhlak kami sempat ”memburuk”. Maka Allah-pun mengambilnya dari tangan kami, dan menyerahkannya kepada Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam. Maka beliau – shallallahu ’alaihi wasallam – pun membagikannya kepada kaum muslimin secara merata.”

Riwayat lain yang juga ada dalam Musnad Imam Ahmad menceritakan ungkapan ’Ubadah bin Ash-Shamit tersebut bahwa setelah Allah memberikan kemenangan kepada kaum muslimin atas kaum kafir pada Perang Badar, sebahagian sahabat melakukan pengejaran terhadap musuh-musuh Allah yang lari dari medan pertempuran. Sebagian yang lain bertugas mengumpulkan hasil rampasan perang. Sedangkan kelompok ketiga bertugas menjaga benteng pertahanan terakhir dimana Rasulullah shallallahu ’alaihi wasallam berada untuk mengantisipasi berbagai kemungkinan ancaman terhadap diri beliau. Setelah semua berkumpul pada malam harinya, terjadilah perselisihan antara ketiga kelompok sahabat tersebut.

Kerana masing-masing kelompok mengatakan bahwa merekalah yang lebih berhak atas hasil rampasan perang daripada yang lain, maka turunlah firman Allah:


’Mereka bertanya kepadamu tentang hasil rampasan perang.
Katakanlah: Hasil rampasan perang adalah untuk Allah dan Rasul-Nya.
Maka bertaqwalah kepada Allah dan perbaikilah hubungan diantara sesama kalian... dan seterusnya’ (permulaan QS Al-Anfal).
>