Friday, October 30, 2009

SALAM IMTIHAN..!



SALAM ALAIK...
buat semua sahabat budiman..saya mengucapkan selamat menjalani peperiksaan akhir semester 2009/2010..
di kesempatan ni jugak,nak mintak maaf byk2 salah silap semuanya..
USAHA + DOA + TAWAKKAL
All the best!

Thursday, October 1, 2009

GEMBIRA DALAM DUKA

Gempa bumi gegar Padang


JAKARTA: Lebih 1,000 penduduk dikhuatiri terkorban di bawah runtuhan bangunan selepas gempa bumi melanda Sumatera Barat, semalam.Setakat ini, 75 orang dilaporkan maut dan jumlah korban dijangka meningkat dengan mendadak. Banyak bangunan besar, termasuk hospital dan hotel, rosak teruk, manakala kediaman ranap dan kebakaran berlaku di kebanyakan tempat di bandar Padang yang didiami hampir sejuta penduduk.Komunikasi dan bekalan tenaga terus terputus sehingga malam tadi.

sumber lanjut:http://www.hmetro.com.my/



Berita hari ini yg berkisarkan bencana di jakarta itu mengingatkan penulis bahawa apa2 sahaja bole berlaku..Tambah2 pula salah seorang ahli keluarga penulis juga ditimpa musibah pada pertengahan Ramadhan yg lepas iaitu kedainya habis dijilat api..5 Syawal yg lepas baru penulis berkesempatan melihat tapak kejadian..segala-galanya musnah,tiada yg tinggal umpama padang jarak..andai ada masa penulis akan upload gambar kesan kejadian

Lebaran yg lepas saudara saudara meraikannya dalam keadaan yg serba sederhana sahaja,juga gembira dalam duka..

UNTUK DIRI..


Nukilan 1:


“Salam sedamai aliran Nil buatmu..
Salam selunak nyanyian Hurun Ain temanku
Salam bersulam rindu di utuskan istimewa buat sahabatku..
Ukhuwah fillah abadan abada..”
Sekadar perkongsian ikhlas dari terowong jiwaku yg mengasihimu..
Marilah kita hidup,spt org yg menanti mati,
Krn mati itu akan mengecilkan segala derita,
Akan mencairkan segala alpa,
Kiranya inilah detik terakhir,marilah kita mulakan semula
Walau yg masih tersisa..hnya sedetik Cuma,itu lbh bermakna,,
Kata pujangga,kita akan temui semula sesuatu d tempat kita kehilangannya..
Dan sesuatu pengakhiran kekadang membawa kita kepada suatu permulaan yg lbh baik..
“SELAMAT HARI LAHIR SAHABATKU”


Nukilan 2:

MUSLIMAH
Malumu mahkota yg tidak perlukan singgahsana
Kerana ia berkuasa menjaga diri dan nama
Ketegasanmu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dibinasakan
Selamat hari lahir..
Mudah-mudahan panjang umur dan murah rezeki serta mendapat keredhaan Allah....



Nukilan 3:


“Pd jalan berliku,moga ALLAH luruskan langkahmu..
Tika langit dunia runtuh,moga ALLAH teguhkan aqidahmu..
Jika kesusahan datang,mg ALLAh kuatkan hatimu..
Pd hati yg gelisah,moga ALLAh curahkan ketenangan dalam dirimu..
MOGA KASIH ALLAH SELALU BERSAMAMU
Selamat hari lahir..may ALL ur dreams comes true...




Nukilan 4:


Salam..
Wish U luck everyday...
Smg dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki shgga ke anak cucu..
Tak buat open house ke..?huhu



Nukilan 5:


Salam..
Selamat hr raya n selamat hari jadi
Mg panjang umur dan murah rezeki
Terus istiqamah dalam perjuangan ya



Nukilan 6:

Sahabat..
Usia yg Tuhan kurniakan ini,
Hiasilah ia dengan amalan yg murni,
Semoga ia menjadi temanmu..
Di akhirat yg kekal abadi..
Selamat hari lahir!
Nukilan 7:
Selamat Hari Lahir..
"Sesungguhnya malaikat jibrail itu diutuskan untuk menyempurnakan hajat manusia..
Apabila seseorang kafir itu memohon,ALLAH memerintahkan jibrail agr menunaikan hajatnya kerana ALLAH benci mendengar kata-katanya...Dan apabila seorang hamba yg muslim,yg dikasihi memohon,ALLAH memerintahkan Jibrail menahannya,menangguhkan kerana ALLAH amat rindu mendengar suaranya.."




Meneliti bait kata-kata di atas,yg sy terima beberapa hari yg lepas yg sebahagiannya sempat saya nukilkan dalam blog ini,mengundang rasa terharu dan seterusnya ucapan terima kasih kpd sahabat2 yg memberi ucapan..Dan juga yg turut mendoakan..



Ameen...


itulah yg saya lafazkan,dan berharap agar doa kalian ini berkekalan..


Walaupun sekadar ucapan cuma itu sudah bermakna dan yg paling penting ukhwah itu terasa..smg ukhwah keranaNya ini terus berkekalan..


Alangkah sukar mencari permata di dalam kaca apatah lagi mencari sahabat sejati..


Sekurang-kurangnya saya harus bersyukur kerana sy tahu sy tidak berseorangan dan mempunyai sahabat seperti kalian...!


ALHAMDULILLAH...



>