Thursday, July 24, 2008

PERSIAPAN SEBAGAI DA'IE


PERSIAPAN DA’IE DAN MUROBBI

Menjadi seorang da’ie bukanlah amanah yg mudah.Tidak dapat tidak,islamnya kita maka kita dipertanggungjawabkan untuk memimpin manusia lain kea rah kebaikan.Membawa identity Islam ke mana-mana..

walaubagaimanapun,tanpa ilmu yg kukuh sebagai bekalan diri dan panduan menempuhi hidup,kefahaman yg jelas,kekuatan dan paling penting kebergantungan kepada Allah dengan keyakinan yg sebenar-benarnya terhadap segala ketetapan,maka kita perlu memperbaiki diri kita sebagai seorang da’ie..


Mentarbiyyah diri terlebih dahulu sebelum mentarbiyyah org lain.Itulah didikan yg paling berkesan..Di sini ada beberapa persiapan diri yg perlu dititikberatkan.:

1)PERSIAPAN ILMU

  • · Aqidah dan Tauhid
  • · Fiqh Ibadah
  • · Al-Quran
  • · Fiqh Dakwah & Amal Jamai’e
  • · Fiqh Sirah
  • · Fiqh Waqai’e
2)PERSIAPAN RUHIYYAH
  • · Yakin
  • · Ikhlas
  • · Taubat
  • · SabaR
  • · Mahabbah
  • · Hikmah
  • · Muhasabah
  • · Muraqqabah
  • · Tawadhu’
  • · Wara’ & Zuhud
  • · Bersangka baik

3)PERSIAPAN AKHLAK DAN KEPERIBADIAN

  • Jihad
  • Pengorbanan
  • Qudwah yang baik
  • Mesra dan mudah didekati
  • Semangat
  • Suka membantu
  • Endah
  • Tenang
  • Berketerampilan
  • Pemaaf
  • Pemurah

4.PERSIAPAN AMALAN DAN IBADAH KHUSUS

  • Melazimi solat jemaah
  • Perbanyak solat sunat
  • Iltizam dengan wirid dan zikrullah
  • Bacaan Al-Quran
  • Hafazan Al-Quran dan hadis
  • Uzlah/Khalwah
  • Tafakkur
  • Ziarah ulama’

-SERIKANDI_SALWA-

Wednesday, July 2, 2008

"SELAMAT DATANG SEMESTER BARU"


Selamat Datang Semester baru..Dengan azam baru,dan semangat baru..


Moga segala yg ‘baru’ itu tidak kekal baru sehingga akhir sem tapi terlaksana dengan perancangan yg baik dan tersusun.Semoga Allah memudahkan segalanya..InsyaAllah..


Selamat tinggal sifat buruk yg lama,moga tabiat lama yg tidak dapat memajukan diri ke arah lebih baik akan terkikis sedikit demi sedikit..


Pasti boleh jika kamu menetapkan pilihan BOLEH!..


Azam lama yg belum terlaksana,harus dipertimbangkan semula..Jika perlu teruskan,TERUSKAN..

jika mahu menggugurkannya,pastikan ia di ganti dengan sesuatu yg lebih ber’hasil’..

Firman Allah di dalam surah Al-Ankabut:69,

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) kami benar2 akan kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.Dan sesungguhnya ALLAH benar2 beserta orang yang berbuat baik..”



PENDAFTARAN BAKAL INTELEKTUAL NEGARA


Esok merupakan kedatangan warga baru kampus yg saya kira kesemua kampus atau sebahagian besarnya memulakan hari pendaftaran pada esok hari.

Setelah menjalani TOT(Training Of Trainer) dan kursus pendek sebagai fasilitator dalam tempoh 6 bhari sbg persediaan utk MHS yg akan berlangsung selama lebih kurang seminggu nanti,pelbagai rasa yg terbit di hati…Teruja ada,gementar juga ada..


Apa yg sering terbayang adalah wajah adik2 yg masih lagi ‘fresh’ lepasan sekolah yg masih lagi belum merasai realiti suasana universiti..Tetapi realitinya pelajar yg bakal mendaftar bukan setakat lepasan sekolah,malah lepasan diploma,ada juga yg ‘agak berusia ‘ yg telah lama bekerjaya dan sudah meninggalkan alam belajar..jika pelbagai jenis kaum byk budayanya,pelbagai jenis kuih banyak rasanya,banyak negeri pelbagai dialeknya…

apatah lagi pelajar yg datang dari berlainan latarbelakang-negeri-pengalaman-dan usianya-tentulah semakin banyak ragamnya..

Tambahan lagi hendak menyesuaikan diri di tempat baru dan suasana baru,pasti perasaan bercampur baur…Agak parah lagi bila yg tidak pernah berpisah dengan keluarga,tak dapat pula menyesuaikan diri,home sick lah jawabnya..

Mungkin dengan berfikir sedikit sebanyak tentang ‘bakal sifat’ pelajar-pelajar baru ini,dapatlah juga sedikit sebanyak membantu diri saya ’well-prepared’ sebagai fasilitator yg benar2 menjadi ‘pemudahcara’ bkn ‘pemeningkepala’..Harapan saya,semoga sy dapat menjalankan tugas yg di amanahkan dengan baik dan berkesan.

Seperti pesanan berulangkali daripada ketua fasilitator kami,pelajar yg hadir ibarat kain putih,fasilah yang mencorakkan warnanya mengenal kehidupan di university ini..Aduhh….Terasa agak berat juga amanah ini…


Harapan saya juga agar pelajar2 yg berpeluang melanjutkan pelajaran pada kemasukan kali ini hadir dengan membawa jiwa yg besar untuk menjadi insan yg berilmu duniawi ukhrawi-berguna untuk AGAMA,BANGSA,dan NEGARA yg masih dahagakan pelapis untuk menjadi pemimpin2 berkualiti dan serba boleh.


SERIKANDI_SALWA

28 JUN 2008

>