Monday, March 24, 2008

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya
Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Tuesday, March 11, 2008

KOMENTAR PRU-12

Seperti yg umum ketahui,Pilihanraya Umum ke-12 pada 8 Mac lepas mencatat sejarah sebagai pilihanraya terburuk di Malaysia.5 negeri iaitu Kelantan,Kedah,dan 3 lagi negeri ‘lombong emas’ iaitu Perak,Pulau Pinang,dan Selangor kecundang di tangan pembangkang yang terdiri daripada PAS,Parti Keadilan Rakyat(PKR),dan DAP.Pilihanraya kali ini juga menyaksikan Barisan Nasional gagal mendapatkan 2/3 kerusi di parlimen dengan jumlah 140 kerusi selain menang dengan majoriti tipis di banyak DUN dan Parlimen.

Bermula dari hari penamaan calon pada 24 Feb 2008 yang lalu,para calon tidak kira pihak kerajaan dan pembangkang mempunyai tempoh 13 hari untuk berkempen.Jentera BN dengan manifestonya “selamat,aman,makmur” dan PAS pula membawa manifesto“Negara Berkebajikan” yang lebih dekat di hati rakyat memandangkan rakyat sedang berdepan dengan kemelut ekonomi,kenaikan harga minyak,harga barangan,isu keselamatan,kemelut antara kaum selain jurang kaya miskin yang semakin melebar.Tawaran negara berkebajikan ini bukanlah sesuatu yang baru diutarakan oleh PAS tetapi telah diketengahkan sejak zaman Dr Burhanuddin Al-Helmy lagi.
Alasan kenaikan harga barang disebabkan ‘ekonomi global’ ternyata tidak dapat memujuk jiwa rakyat malah rakyat merasa semakin tertekan dan tidak terbela apabila pemimpin yang memegang tampuk pemerintahan masih tidak dapat menyelesaikan isu-isu perkauman sebaliknya hanya menumpukan isu-isu nasional.UMNO kelihatan tidak peduli dengan kepentingan bangsanya.Inilah faktor utama yang menyumbang kepada tumpasnya BN.

Menjelang pilihanraya,sikap pengundi sudah dapat dibaca riaknya.Sikap pengundi Cina berubah setelah melihat cara Perdana Menteri ,Dato’ Seri Abdullah Badawi mentadbir negara terutamanya kegagalannya dalam memacu ekonomi negara.Masyarakat India pula sudah berani melahirkan penentangannya terhadap pucuk pimpinan MIC dan terzahir melalui perhimpunan Hindraf yang membawa pelbagai tuntutan.BN mula melihat isu-isu ini akan menyebabkan merosotnya undi dan memberi lebih perhatian bagi menangani isu-isu berkenaan sehingga mengabaikan pengundi Melayu yang merupakan penduduk terbesar negara ini dengan keyakinan penerimaan mereka terhadap pentadbiran Abdullah.

Faktor yang lain adalah sikap pemimpin BN itu sendiri yang bermasalah di peringkat dalaman parti yang kian meruncing sehingga berlaku perebutan kuasa di kalangan pucuk pimpinan UMNO sendiri dan mutakhir ini melibatkan masalah moral pimpinan parti seperti isu ‘CD panas’ Chua Soi Lek yang menjejaskan imej parti.Selain itu adalah sifat kronisme yang menebal di kalangan pemimpin-pemimpin.Contohnya di Terengganu, sebanyak 300 juta dibelanjakan bagi menjayakan ‘monsoon cup’ dan tender projek diberi kepada orang luar sedangkan banyak lagi tender-tender bumiputera di Terengganu yang memerlukan sokongan kerajaan.Ini menyebabkan kepercayaan rakyat terhadap pemimpin luntur dan pudar.

Rakyat kini semakin bijak menilai dan tidak mudah dimomokkan dengan permasalahan yang tidak relevan.Yang pasti,rakyat mahukan perubahan dan perhatian para pemimpin.Maka kertas undilah menjadi medan perhitungannya.Menggunakan hak sebagai seorang warganegara Malaysia,kuasa rakyat bisa menentukan kepimpinan negara atau sebaliknya.Selepas pilihanraya ini,BN wajar mengkaji kelemahan parti bermula dari dasarnya dan perlu bermuhasabah semula serta bekerja kuat agar kembali semula di hati rakyat....

OLEH:
SERIKANDI86
12 MAC 2008

Sunday, March 9, 2008

BA gugat dengan media alternatif, Anwar masih relevan – Agus

at Ali Bukhari Amir Sun Mar 09, 08 2:47:10 am MYT

ALOR SETAR, 9 Mac (Hrkh) –

Kehadiran Barisan Alternatif (BA) dalam memberikan cabaran kepada Barisan Nasional (BN) menunjukkan bahawa faktor Anwar masih lagi relevan, kata Penganalisis Politik Prof Madya Dr Mohd Agus Yusof.
-->
"Kalau kita buka blog-blog dalam kalangan muda-mudi, kita akan dapati rakyat mencipta kejutan dalam pilihan raya kali ini dengan membekalkan saluran maklumat alternatif.
"Satu lagi yang menyebabkan kekalahan BN ialah kerana kempen-kempen anjuran RTM yang berat sebelah. Hal ini menyebabkan rakyat makin menyampah terhadap propaganda BN tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam siaran langsung melalui siaran RTM baru-baru ini ketika mengulas keputusan pilihan raya yang tersiar melalui RTM baru-baru ini.
Calon Umno-BN bagi Parlimen Sungai Petani (P15), bekas Menteri Penerangan Dato’ Seri Zainuddin Maidin yang banyak menyajikan bahan propaganda berat sebelah telah tewas kepada calon KeADILan Johari Abdul.
Parlimen Sungai Petani yang memiliki jumlah pengundi seramai 83,851 menyaksikan jumlah peratusan mengundi sebanyak 70.65 peratus (59,243) sementara undi rosak sebanyak 980 undi.
Johari Abdul (KeADILan) yang mendapat 33,822 undi menewaskan Zainuddin Maidin (BN) (24,441) dengan majoriti 9,381.
Penyandang bagi Sungai Petani sebelum ini ialah Dato' Mahadzir Mohd Khir (BN) dengan majoriti 17,502 undi.
>