Monday, February 18, 2008

MENGUNDILAH-LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB ANDA!


Bahang pilihanraya semakin terasa di sana-sini...Gerak kerja tidak kira dari pihak kerajaan dan pembangkang semakin rancak..Tiasa masa lagi untuk bersenang lenang dan bergoyang kaki..

Tapi..bagaimana pula kesedaran untuk mengundi terutamanya di kalangan para belia-belia malaysia ini..
Saya menyeru kepada semua warga malaysia..turunlah mengundi..

laksanakanlah tanggungjawab anda!

laksanakanlah hak anda sebagai seorang rakyat!

tunaikanlah kewajipan anda sebagai seorang Islam..

Anda dikurniakan akal oleh Allah..tepuk dada,tanyalah selera..
bukalah minda,luaskan fikiran..
parti manakah yg layak memimpin negara ini!

Tuesday, February 12, 2008

-BERCUTI-

Assalamualikum...

Alhamdulillah..setelah bercuti lebih kurang seminggu,saya kembali semula meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar dan khalifah Allah di kampus,bumi Allah ini..

Wah...kedengaran agak panjang cuti tu-ya seminggu bercuti-ada 7 hari...tapi saya dapat menghabiskan masa lebih kurang dalam 3 hari sahaja di rumah ...selebihnya,menyertai program2 ilmu-sebagai langkah penerus keistiqamahan tarbiyyah diri...x lupa juga menziarahi sahabat2 di KL..
Seronok rupanya dapat bertemu semula dengan sahabat-sahabat seperjuangan..Kemanisan ukhwah itu terasa.Walaupun terpaksa(terpaksa ke?rasanya dengan rela)-'mengeluakan' sedikit perbelanjaan utk tiket ke KL,masa dan tenaga,tapi semua itu bagaikan tidak terasa apabila sudah bertemu dengan sahabat2 yg bersama-sama di dalam medan perjuangan satu ketika dahulu susah senang-jerit perih bersama sudah cukup membayar segalanya...

Semoga berjumpa kembali...

Dengan kisah & cerita pahit manis..

Semoga Ukhwah kita berkekalan!


Ada lagi satu peristiwa yang bermakna pada cuti ini..
Kami sekeluarga berbabekau dan berehlah serta berkelah di air papan mersing..
Kepenatan dr KL masih belum hilang,seawal selepas subuh kami sekeluarga sudah bertolak ke mersing dengan 3 buah kereta..
Ikutkan hati seperti malas juga,tapi mengenangkan jarang sekali dapat berkumpul bersama-sama seperti ini,saya pasti tak melepaskan peluang emas ini tambah-tambah lagi bila melihat abang saya,Anuar yg bersungguh-sungguh mengajak ..
Ini semua memang plan dia,kiranya pengarah program la..takpe saya jd AJK makan je..hehe
Punyala bersemangat..dia yg bertugas di kota kinabalu.sanggup mengambil cuti kerja..
Apa salahnya...bukan selalu..

Subhanallah,sampai-sampai saja angin laut begitu kuat memukul pantai..ye la seawal 9 pg kami sampai.
memandang laut yang tidak nampak penghujungnya itu,saya sempat bertasbih memuji keagungan ciptaan Allah.

subhanallah!

sebenarnya saya amat-amat sukakan laut tapi setelah peristiwa tsunami yg menyedihkan dan membawa iktibar kepada umat Islam khususnya itu,saya seakan 'fobia' dengan laut..Sy cuma menemankan anak saudara saya saja,azhad di tepian pantai.Mujurla aisyah takut dengan laut,taklah susah kerja saya mahu mengawal 2 budak kecil.

Selaku AJK makanan,sy x melepaskan peluang makan apa yg terhidang..
Tapi,harus ingat,makan untuk hidup bukan hidup untuk makan..Kadang2 bila nafsu mula mendekat,perlula pandai mengekangnya..

Akhirnya,setelah puas bakar ayam,ikan,udang,sotong,sosej....serta menikmati ketupat segera yg ayahanda masak dan sambal kering yg bonda masak,kami bertolak pulang..Terdengar pula plan sok sek sok sek abang yg mula merancang plan terbaru "sesi barbeku fasa 2" selepas ini...
Terpulanglah pada pengarah program...sy free,sy ikut,sy x free...wallahualam....

#Terima kasih banyak2 pada abg Anuar yg sponser macam2(t'masuk set barbeku yg baru),kak Iza sponser 'jajan',angah&k.erun sponser buah&otak2...Mak+abah,azhad,aisyah,n haziq yg meriuhkan suasana...
>